in

Pemilik Tertekan Terima 4,000 Panggilan Setiap Hari, Rupanya Nombor Telefon Pada Kad Squid Game Memang Wujud?

Squid Game 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru beberapa hari ditayangkan, siri Squid Game yang ditayangkan di Netflix kini menjadi fenomena di seluruh dunia. Malah, ia juga telah menduduki tempat pertama carta di banyak negara sekali gus menjadikannya siri Korea Selatan paling popular.



Allkpop 1632286449 En Sqdgame Main Playground Horizontal Rgb Pre 1 E1632544276166

Pun begitu, semenjak siri ini menjadi kegilaan ramai di seluruh dunia, ada beberapa individu telah tampil mendakwa mereka telah menerima banyak panggilan telefon dan mesej selepas satu babak dalam siri terbabit yang memaparkan satu nombor telefon, lapor The Korea Herald.

Difahamkan, dalam salah satu babak siri terbabit, aktor Gong Yoo telah memberikan satu business card kepada Ki-hoon (lakonan Lee Jung-jae) untuk mengajaknya menyertai pertandingan Squid Game.

Unnamed E1632544329969

Business card yang ditawarkan dalam Squid Game ini memaparkan lapan digit nombor telefon yang memerlukan bakal peserta untuk mendialnya untuk menyertai pertandingan ini.

Dakwa seorang lelaki yang enggan dikenali, dia telah menerima banyak panggilan dan mesej daripada orang tak dikenali sejak siri itu dipaparkan kepada umum.

“Saya dah lebih 10 tahun pakai nombor ini jadi saya agak terkejut. Kadangkala, saya terima hampir 4,000 panggilan setiap hari,” jelasnya dalam satu temu bual.

Unnamed 1 E1632544448819

Tambah lelaki terbabit lagi, dia langsung tidak tahu bagaimana orang ramai boleh mendapat nombor telefonnya sehinggalah dia diberitahu oleh salah seorang pemanggil bahawa nombor telefonnya telah dipaparkan dalam satu babak siri terkenal Netflix itu.

Tidak cukup dengan itu, ada juga individu lain yang tampil mendakwa mereka menjadi mangsa prank call gara-gara nombor telefon mereka hampir dengan nombor telefon yang dipaparkan dalam business card dalam siri berkenaan.

Individu terbabit juga sempat memberi pesanan kepada pengarah Squid Game supaya menghubunginya bagi menyelesaikan masalah terbabit.

Selepas dakwaan-dakwaan ini muncul, Netflix Korea berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu dengan lebih terperinci dan mereka juga sedaya-upaya cuba menghubungi mangsa-mangsa yang mendakwa menerima prank call.

Https Specials Images.forbesimg.com Imageserve 6147477A52C1B479C755Ed22 Squid Game 960X0 E1632544376981

Untuk pengetahuan korang yang mungkin belum berkesempatan nak tonton siri ini, Squid Game menceritakan tentang 456 individu yang mempunyai masalah tersendiri terutamanya kewangan menjadi peserta sebuah permainan dimana mereka akan memperoleh 45.6 bilion won sebagai hadiah.

Squid Game menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lee Jung-jae, Park Hae-soo, Jung Ho-yeon, Lee Byung-hun dan Gong Yoo.

Sumber: The Korea Herald

Baca: 7 ‘Fun Facts’ Tentang Siri Squid Game Yang Mungkin Korang Belum Tahu

F1 Sotong Game E1632543961240

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.