Pomen & Keluarga ‘Berumah’ Dalam Kereta Hampir 10 Bulan, Sebab Tak Mampu Bayar Sewa

Tambah ke Sumber Pilihan
Pomen & Keluarga ‘Berumah’ Dalam Kereta Hampir 10 Bulan, Sebab Tak Mampu Bayar Sewa

“Mana ada bapa sanggup tengok anak tidur dalam kereta, tapi apakan daya, saya terpaksa luah.”

Demikianlah kata-kata Razak yang sudah hampir 10 bulan tinggal di dalam kereta Proton Wira miliknya bersama isteri dan tiga orang anaknya.

Razak memberitahu, dia sekeluarga terpaksa hidup dalam keadaan tersebut sambil bekerja sebagai seorang pomen di sekitar lebuh raya Gombak, Selangor hingga Karak.


Oleh itu, mereka sekeluarga juga perlu berpindah tempat untuk bermalam di sekitar kawasan tersebut di dalam kereta miliknya.

Screenshot 2 2

Menurut Razak, sekitar Mac lalu dia pernah mendapat pertolongan daripada seseorang yang membenarkan keluarganya tinggal bersama di rumah milik individu terbabit di Karak, Pahang.

Namun, mereka sekeluarga hanya tinggal di situ selama sebulan sahaja selepas ada masalah yang berlaku di antara keluarganya dan pemilik rumah berkenaan.

Dalam pada itu, hasil pendapatan yang diperoleh Razak kebiasaannya hanya sekitar RM130 hingga RM200 sehari daripada khidmat membaiki kereta dan ianya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan makan minum dan keperluan anak-anak mereka.

355375507 820196746138816 5044228519720296725 N

Bagaimanapun, Razak memberitahu isterinya dilihat redha dengan ujian hidup yang harus ditempuhi bersamanya tapi tidak dinafikan, dia sebagai ketua keluarga berasa sedih.

“Bapa mana tak sedih tak sedih sebab kita ni seorang suami dan ketua rumah. Nak buat macam mana, bila minta kerja susah dapat. Jawapan biasa sama ada dah penuh atau suruh tunggu panggilan,” jelasnya.

355354458 820196726138818 6754191928254047460 N

Maklumat terkini mengenai Razak, dia kini diwadkan di Hospital Temerloh selepas disyaki mengalami ketumbuhan di bahagian leher.

Anak dan isterinya buat masa ini menerima bantuan daripada pihak hospital untuk bermalam di sebuah bilik di pusat kesihatan tersebut sementara menunggu Razak selesai mendapatkan rawatan.

Kita doakan yang terbaik untuk keluarga ni…

Sumber : Facebook, Harian Metro

Baca : “Ayah kerja jauh untuk cari rezeki” – [VIDEO] Anak Hampir Tak Kenal Ayah Sebab PJJ

Ft Anak Hampir Tak Kenal Ayah 728X383 1

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farhan Sahak
Lagi tulisan Farhan
Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Pomen & Keluarga ‘Berumah’ Dalam Kereta Hampir 10 Bulan, Sebab Tak Mampu Bayar Sewa
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pomen-keluarga-berumah-dalam-kereta-hampir-10-bulan-sebab-tak-mampu-bayar-sewa/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM