“Polis salah rumah” – PDRM Jelaskan Kenapa Polis ‘Lambat’ Sampai Hingga Perompak Sempat Lari

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Haritu, kalau korang ingat lagi, admin ada cerita pasal insiden seorang wanita yang cuba telefon 999 bila perompak cuba masuk rumah keluarganya.

Macam yang korang tahu, Thivyah mengatakan yang polis tiba di kawasan rumahnya ketika perompak masih berada di dalam rumahnya, tapi sampai perompak dah lari pun pihak polis masih tak masuk rumahnya.

Ekoran dari peristiwa tersebut, Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard PDRM (JIPS) telah pun menjalankan siasatan tentang kenapa pegawai polis tiba lambat di tempat kejadian.

Menurut Sinar Harian, Pengarah JIPS, Datuk Huzir Mohamed, selepas pihaknya menjalankan siasatan, mereka dapat tahu, pegawai polis yang ditugaskan untuk ke rumah tersebut mungkin salah rumah.

Sumber: Facebook

“Hasil siasatan JIPS mendapati polis yang bertugas dipercayai tersilap ke lokasi kejadian. Polis telah pergi ke tempat, taman perumahan dan lorong yang sama, namun tersilap nombor rumah.

“Polis ke hujung lorong sebelah kiri jalan sedangkan lokasi kejadian samun adalah di hujung lorong kanan di Jalan 2/6 taman berkenaan.”

Tambah lagi, susunan nombor di kawasan perumahan tersebut agak tak teratur berbanding taman perumahan lain. Pulak dah

Ditambah apabila sampai di lokasi yang silap, pintu pagar rumah berkenaan terbuka dan lampu dalam keadaan menyala, polis berhenti kerana beranggapan rumah itu rumah mangsa yang sedang dipecah masuk.”

“Salah seorang daripadanya telah ke bahagian belakang rumah untuk tindakan seterusnya.”

Polis kemudian sedar rumah berkenaan bukan lokasi sebenar kejadian apabila sebuah kereta lalu di sebelah MPV polis dan mangsa yang ketika itu pada jarak sekitar 500 meter melambai dan menjerit memanggil polis.”

Sumber: The True Net

Bercakap mengenai tindakan pegawai polis yang lambat tiba di rumah, Datuk Huzir mengatakan tindakan tegas akan diambil jika mereka dapati unit tersebut lambat memberikan respon pada kecemasan.

Manakala untuk isu panggilan hotline 999, Datuk Huzir meminta orang ramai untuk terus gunakan nombor tersebut kerana panggilan yang dibuat ke 999 akan disambung ke bahagian yang sepatutnya, bergantung pada kecemasan.

“Pun begitu, adalah lebih baik jika orang ramai simpan nombor bilik gerakan yang berhampiran dengan kawasan rumah mereka.”

Harapnya pihak berkuasa boleh iklankan nombor-nombor bilik gerakan untuk setiap tempat supaya semua orang boleh tahu nombor gerakan tersebut. Apa-apa pun, admin harap perompak-perompak tersebut dapat ditangkap secepat mungkin.

 

Baca: “Baik tak payah buat 999” – Keluarga Wanita Ini Kena Serang Dengan Perompak Ganas Tapi Bila Call 999…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson