in

“Baik tak payah buat 999” – Keluarga Wanita Ini Kena Serang Dengan Perompak Ganas Tapi Bila Call 999…

Collage 17

Dari kita kecil, kita diajar untuk telefon 999 kalau ada kecemasan kan? Yelah, time tengah cemas, manalah nak ingat nombor panjang-panjang, tu lah gunanya nombor 999 ni…

Tapi, bila wanita dari Rawang ini telefon 999, semasa rumahnya dimasuki perompak, respon yang diterima sangat memeranjatkan dan tak masuk akal. Dia kongsikan kejadian ngeri yang menimpa keluarganya pada 5 Ogos lalu di Facebook.

WHO IS NEXT?(For those who needed a ‘SUMMARY'- You may summarize it further if you need to)On 5th August 2019 around…

Posted by Thivyah Veelurajan on Friday, August 9, 2019

“Baik tak payah buat 999”

Menurut Thivya Veelurajan, lebih kurang pukul 2.30 pagi, kakaknya datang ke bilik membawa bayinya yang baru berusia 8 bulan memberitahu yang ada orang sedang cuba untuk pecah masuk rumah mereka.

Mereka terus menelefon 999 pada pukul 2.37 a.m untuk memberitahu tentang perompak tersebut, malangnya operator menyuruh Thivya telefon Bilik Gerakan untuk dapatkan respon segera. Seriouslahhh

“Kami call 999 pada pukul 2.37 a.m. Mestilah itu je nombor yang boleh ingat masa tengah suspen macamni kan? Tapi tak, nampaknya kami perlu call ‘Bilik Gerakan’ supaya dorang boleh ambil tindakan segera.

“Berapa ramai antara korang yang tahu apa itu Bilik Gerakan dan nombor dia? Kalau korang tak tahu baik ambil tahu sekarang sebab apparently, 999 bukan nombor yang sepatutnya dihubungi bila berlaku kecemasan.”

Tak lama selepas itu, Thivya dengar ibu bapa dan neneknya menjerit sebelum dia berlari ke ruang tamu. Dia melihat semua ahli keluarganya ada di situ dan tiga lelaki bertopeng dah masuk ke rumahnya dan menyerang semua ahli keluarganya.

Msian Girl Calls 999 As Family Is Brutally Attacked By Robbers Told To Call Bilik Gerakan Instead World Of Buzz 2
Sumber: facebook

“Dorang kelar bapa saya dengan parang, lempang dan pukul ibu dan makcik saya dengan kayu tebal. Nenek saya yang berusia hampir 90 tahun diseret keliling rumah tanpa belas kasihan. Kakak saya dan bayinya diugut dengan parang.”

Apa yang saya dapat buat adalah tunduk di kaki mereka dan merayu supaya ahli keluarga saya tak dicederakan.”

Nasib baik, tak ada nyawa yang melayang selama 45 minit mereka diserang sebelum tiga perompak ini lari dengan kereta Thivya. Namun, yang lebih mengecewakan, selama 45 minit ini tak ada sorang polis pun yang datang.

Msian Girl Calls 999 As Family Is Brutally Attacked By Robbers Told To Call Bilik Gerakan Instead World Of Buzz
Sumber: facebook

“Korang (polis) dah datang dekat lorong belakang rumah, sampai dekat rumah ketiga dan buat U-turn lepastu park kereta dekat hujung jalan dan duduk dekat situ selama 17 minit sampai perompak tu lari. Korang cari rumah ni dari situ ke?”

Bayangkan, Thivya buat panggilan kecemasan pada pukul 2.37 pagi, dan kakaknya buat satu lagi panggilan beberapa minit kemudian. Lepastu, satu lagi panggilan dibuat pada pukul 3.30 pagi dan operator tu bagitahu alamat yang dorang bagi salah?

“Korang tak datang tolong sampai 3.30 pagi, dua panggilan dah dibuat awal. Saya nampak kereta polis dekat hujung jalan rumah. Korang nampak perompak tu lari dengan kereta saya. Dia masuk kereta depan mata korang! 

“Lari melepasi kereta korang sambil tak buka lampu. Kenapa korang tak kejar dorang?”

Rawang 3
Sumber: facebook

So, berdasarkan kejadian ni, apa prosedur sebenar hotline ‘999’ ni? Bukan untuk benda macam ni ke?

Eh 1 Min
Gambar hiasan

“Post ini bukan untuk salahkan sesiapa. Saya jumpa ramai pegawai polis yang bagus selepas insiden ini dan buat kerja dengan baik. Pun begitu, sistem panggilan kecemasan 999 perlu diperbetulkan!”

Betul lah apa yang Thivya ni cakap, kita expect bila kita call 999 kita boleh dapatkan bantuan yang diharapkan. Macam manalah kita nak hafal nombor panjang-panjang kan?

 

Baca: “Aduh masuk air lah dia ni!” – Peminat Terhibur Tengok Nabila Huda Parodi 999

Screenshot 2019 08 13 At 12.40.05 Pm