in

Polis Buru Pemilik Facebook ‘Respati’, Muat Naik Posting Jelik & Hina PDRM

FT HINA FINAL

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis kini memburu pemilik akaun Facebook ‘Respati’ gara-gara memuat naik posting yang berbaur ugutan dan hinaan terhadap pihak berkuasa yang tular sejak semalam.

Menurut Bernama, polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Respati’ selepas individu itu memuat naik kenyataan jelik, berbaur penghinaan serta ugutan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen disebabkan tidak berpuas hati dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


FB HINA MUKA 1

FB HINA MUKA 2

FB HINA ALAT

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan lokasi pemilik akaun itu.

Kertas siasatan juga akan dibuka dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau turut mengingatkan pengguna media sosial supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah individu atau sesebuah organisasi. 

Dalam posting yang dimuat naik oleh Respati pada hari Selasa lalu, 12 Januari 2021, dia telah mencabar pihak imigresen atau polis agar bertemu dengannya yang berada di Batu 13 Jeroco. Bukan itu sahaja, dia turut mengajak pemandu lori, treler untuk melanggar anggota polis yang membuat sekatan jalan raya. 

Polis kamu datang di Batu 13 Jeroco… Aku tunggu kamu.. Migresen kah apa, datang kamu semua. 

Kalau ada PKP nanti mau hadang kamu semua. Driver kamu langgar saja bosku pakai lori tanker, lori 18 tayar ok bosku. 

Sini kamu kalau berani… Aku masih di Batu 13, Jeroco menunggu kamu polis ta*i. 

Tak habis di situ, dia juga mengajak orang ramai untuk membawa senjata tajam untuk berdepan dengan polis. 

Jangan pernah takut sama polis. Bawakan saja parang panjang, samurai, badik pisau tusuk semua polis ta*i, ba*i, anj**g, kurang ajar kamu polis ta*i.

FB HINA 1 1

Posting tersebut yang tular sejak semalam, Rabu, 13 Januari 2021 telah menerima lebih daripada 313 shares untuk meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun tersebut.

Min nak ingatkan jangan sesuka hati ye nak ‘lantang’ sangat bersuara di socmed sampaikan menghina orang lain.

Baca: “Kerana mulut badan binasa”  –  Muatnaik Status Hina YDPA, Polis Siasat Akaun Facebook Dibawah Akta Hasutan

BACA HINA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.