in

“Kerana mulut badan binasa” – Muatnaik Status Hina YDPA, Polis Siasat Akaun Facebook Dibawah Akta Hasutan

Ft Ydpa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa begitulah perumpamaan yang paling tepat untuk menggambarkan situasi seorang pengguna Facebook ini. 


Berdasarkan satu status yang dimuatnaik oleh akaun yang dikenali Ho Ruey Terng, dia dikatakan menghina dan mempersenda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Berdasarkan posting yang dibuat, pengguna tersebut dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat selain mempertaikan keupayaan YDPA dalam menangani wabak Corona Virus ini.

Wahhh, mudahnya bagi pendapat. Kalau suruh dia yang galas tanggungjawab tu, belum tentu mampu!

 

Capture 9 12

 

Tidak cukup dengan itu, pengguna Facebook tersebut bertindak biadap dengan menghina Allah dalam status yang dimuatnaik itu.

Perbuatan itu dianggap sebagai perkara yang melampaui batas serta tidak mencerminkan individu sebagai seorang rakyat Malaysia yang didiami masyarakat yang saling bertoleransi.

Susulan penularan posting itu, menurut Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihak polis bertindak membuka kertas siasatan bagi menyiasat tindakan individu tersebut.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mutimedia 1998,”

Akaun Facebook tersebut bagaimanapun dikatakan sudah tidak dijumpai lagi dipercayai telah dipadam oleh individu yang bertanggungjawab lapor Malaysia Gazette.

Lebih memburukkkan keadaan lagi apabila sebuah akaun Instagram milik @pemantaumalaysiabaru berkongsi status milik Ho Ruey Terng yang mendakwa akaunnya telah dipalsukan oleh individu lain.

Pemilik akaun tersebut juga dikatakan bersedia membuat laporan polis berkenaan kejadian ini.

 

Capture 2 5

 

 

Siapa sahaja pelaku yang bertanggungjawab, tindakan perlu diambil ke atasnya. Bukan sahaja dia telah mencemar agama dan kedaulatan negara ini, tapi dia juga mencemarkan keharmonian yang dimiliki oleh rakyat di negara ini. 

 

Baca : Addy Kana & Alvin Terlibat Dalam Macau Scam, Jadi Ejen Sindiket Didalangi Warga China-Polis

Capture 3 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.