Semalam, satu video telah tular di media sosial memaparkan aksi melampau dua lelaki yang berjaya dirakamkan oleh rakaman CCTV di salah satu surau di Pekan Banting.
Video tersebut menunjukkan aksi melampau seorang lelaki dilihat mencumbu dan meraba lelaki di sebelahnya yang sedang menunaikan solat.
Mereka kemudian dilihat bercium di dalam video tersebut dan melakukan aksi-aksi lain walaupun jelas terdapat jemaah lain di sana.
Ekoran ini, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya sedang giat mengesan dua lelaki tersebut selepas menerima satu laporan polis daripada bilal surau itu malam semalam, lapor Sinar Harian.
Berdasarkan laporan yang dibuat oleh bilal berusia 54 tahun itu, dia menyatakan telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan dua orang lelaki tempatan telah melakukan aksi tidak senonoh.
“Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan pelaku dalam rakaman CCTV terbabit.”
Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan iaitu melakukan perbuatan kelucahan melampau di tempat awam yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun jika sabit kesalahan.
Tak cukup dengan itu, Kosmo turut melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam (JAIS) juga akan membuat siasatan lanjut mengenai kejadian ini dan Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata beliau sedang menunggu laporan penuh dari pegawai di daerah Kuala Langat.
Baca: “Perbuatan hina!” – [VIDEO] Dua Lelaki Buat Perkara Tak Senonoh Dalam Surau Di Banting