Mana-mana tempat ibadah pun tak kira agama, perlulah dihormati. Malah, tempat beribadah yang boleh dilawati juga biasanya akan ada peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung. Inikan pula kalau kita masuk dengan tujuan untuk beribadah kan?
Macam baru-baru ini, satu video telah tular di media sosial menunjukkan dua orang lelaki telah berkelakuan sumbang di dalam sebuah surau dipercayai terletak di pekan Banting.
Dalam video tersebut, dapat dilihat dua orang lelaki berpakaian putih yang duduk di saf belakang sedang bercumbuan dan membuat perkara-perkara yang menjijikkan.
Dapat dilihat, ketika lelaki berbaju putih yang duduk di sebelah kanan sedang solat, seorang lagi lelaki di sebelahnya telah mencium mukanya dan perbuatan ini juga turut dilihat berterusan dibuat.
Bukan itu sahaja, kalau korang tengok video ni, dua lelaki ini juga turut melakukan perbuatan tak senonoh ini walaupun sedar ada juga jemaah lain di sana.
Melalui audio video yang tular ini, salah seorang jemaah yang menyaksikan semula rakaman CCTV ini turut memberitahu bahawa dua lelaki ini tak menghiraukan dia yang berjalan di hadapan mereka.
Bodohlah punya kerja. Tengok tu, aku lalu pun dia tak hormat. Aku saja duduk kat meja. Tengok dia pandang aku. Pastu dia keluar, satu tu terus keluar, yang besar tu pergi tandas. Yang besar tu yang ye ye.”
Namun, selepas menyedari jemaah yang keluar dari surau tersebut telah memerhatikan dorang dari meja di luar pintu surau, dua lelaki ini kemudiannya telah bangun dan beredar dari situ.
Astaghfirullah, kenapa lah sampai macam tu sekali? Tak beragak betul!