in

“Polis ada banyak lagi kerja lain masa PKP ni” – Kes Zarina Anjoulie, Persatuan Seniman Lapor Polis

Feature 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kes perbalahan sesama artis tempatan tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berdamai. Kalau anda sering mengikuti perkembangan semasa, anda mesti tahu tentang kelantangan Zarina Anjoulie dalam menyuarakan pendapatnya.

Berikutan video yang dimuat naik olehnya menempelak artis tempatan yang meminta bantuan khas daripada kerajaan untuk golongan artis, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) telah pun membuat laporan polis.


Anju 2

Laporan itu dibuat kerana Zarina dikatakan telah menyebabkan perbalahan antara artis dan netizen, lapor Harian Metro.

Kalau macam ni, bila dorang ni nak berdamai ni. Makin tegang situasi ni weh. 

Anju 6

Menurut Zed Zaidi, presiden persatuan itu, video tersebut juga telah mencalar imej Seniman.

Zarina Anjoulie juga dikatakan telah menghasut orang ramai untuk membenci golongan artis. Tapi, rasanya artis dulu yang buat statement mintak bantuan, bukannya netizen saja-saja kecam kan. 

Namun, bukan semua artis setuju dengan laporan polis yang dibuat. Bront Palarae dan Syarifah Amani yang juga pelakon menegaskan ada cara yang lebih baik untuk selesaikan masalah ini selain laporan polis.

Anju 1

Rata-rata netizen berpendapat bahawa laporan polis tersebut tidak patut dibuat kerana pihak polis ada banyak lagi kerja yang harus dilakukan terutamanya ketika musim perintah kawalan pergerakan.

Anju 5

Negara kita pun sedang berhadapan dengan wabak yang berbahaya. Sepatutnya semua rakyat Malaysia tidak kira pekerjaan apa sekali pun bekerjasama dalam menangani Covid-19.

Harapnya perkara ini cepat-cepat selesai dengan cara yang baik. 

 

Baca: “Itu fakta!” – Lantang Tempelak Artis Minta Bantuan, Golongan Artis Sepakat Kecam Zarina Anjoulie?

Anju

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.