in

“Itu fakta!” – Lantang Tempelak Artis Minta Bantuan, Golongan Artis Sepakat Kecam Zarina Anjoulie?

Anjou4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi yang mengikuti perkembangan pelakon Zarina Anjoulie, pasti korang kenal dengan kelantangannya dalam menyuarakan pendapat berkenaan dengan isu semasa yang berlaku.


Terbaru, kita sedia maklum bahawa isu berkenaan dengan bantuan PRIHATIN yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri ini telah membuatkan ada segelintir golongan artis memberikan pendapat bahawa mereka juga layak menerima bantuan.

 

Sibuk panggil aku anjing” – Anjoulie

Disebabkan itu, Zarina Anjoulie sebelum ini ada buka mulut terhadap mereka ini, Anjoulie menempelak artis-artis yang menayang kekayaan mereka tapi meminta bantuan.

Seperti yang dikatakan tadi, Zarina Anjoulie ini seorang yang lantang, pasti korang dapat perhatikan yang dia ni jenis akan berani tempelak mana-mana individu yang cuba ‘buat onar’ dengannya.

Misalnya macam isu ini, konflik mula berlaku apabila Fizo Omar cuba kritik dirinya. Disebabkan itu Zarina Anjoulie tampil menempelak Fizo.

Isu dah jadi semakin meleret apabila ada golongan artis yang berkomplot untuk ‘membanteras’ dirinya, ada yang cuba nak report akaun Instagram Anjoulie bahkan ada juga artis yang mencaci dirinya.

Mereka semua dikatakan ada buat satu group Whatsapp dan berita itu sampai ke tangan Anjoulie, ia didedahkan oleh Zarina Anjoulie lagi menerusi IGTV miliknya.

Bagi Anjoulie, dia langsung tak takut dengan apa tindakan yang mereka lakukan, malah dia menyuarakan pendapat itu berdasarkan perspektif netizen (sebagai wakil) yang jauh lebih layak.

Anjoulis juga langsung tak takut dengan tindakan golongan artis tersebut yang nak saman dirinya kerana dianggap menghasut orang.

Katanya dia ada segala screen shoot mesej itu dan dia lebih berani untuk saman mereka.  Perbualan mereka semua didedahkan di posting Instagram miliknya.

Nampaknya isu sesama artis berbalah pasal kes bantuan ini dah semakin meleret, harap dapat lah diselesaikan dengan lebih baik.

 

Baca : “Macam Kaya Raya, Tapi You Guys Have Nothing?” – [VIDEO] Zarina Anjoulie ‘Sound’ Rakan Selebriti Pasal Bantuan Covid-19

Anjou

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.