PM Malaysia & Singapura Setuju Buka Sempadan Bagi Individu Terima Vaksin Lengkap Tanpa Kuarantin!

Jadikan sumber pilihan di Google
PM Malaysia & Singapura Setuju Buka Sempadan Bagi Individu Terima Vaksin Lengkap Tanpa Kuarantin!

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri dan Perdana Menteri Singapura Mr Lee Hsien Loong telah mengeluarkan kenyataan di Facebook rasmi masing-masing mengenai pembukaan sempadan di antara Malaysia dan Singapura.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua negara ini bersetuju buka sempadan udara bagi membenarkan orang yang lengkap vaksin untuk membuat perjalanan di antara dua negara ini bermula 29 November ini.


Dalam perbualan menerusi panggilan telefon di antara saya dan Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong, kami menyedari kekangan pergerakan yang dihadapi, mengganggu perhubungan sosial antara rakyat kedua-dua negara.

Kami bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membenarkan semula perjalanan rentas sempadan memandangkan kemajuan ketara telah dicapai oleh Malaysia dan Singapura dalam pemberian vaksin dan pengurusan pandemik COVID-19 secara amnya.

Dengan itu, Malaysia dan Singapura bersetuju melancarkan Vaccinated Travel Lane (VTL) di antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 29 November 2021.

Jadi, sekiranya korang telah menerima vaksin lengkap dan ujian Covid-19 disahkan negatif, bermula 29 November ni korang bolehlah membuat perjalanan udara antara Malaysia dan Singapura tanpa kuarantin.

 

Bagi laluan darat pula, Ismail Sabri dan Lee Hsien Loong berharap dapat membuka semula perjalanan merentasi Tambak Johor dan Link Kedua dalam masa terdekat dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di kedua-dua negara ini.

Wahhh, senang juga tak ada kuarantin ni! Untuk pengetahuan korang, kali terakhir sempadan ni dibuka adalah sebelum pandemik bermula tau!

 

Baca: Kerajaan Singapura Kurangkan Tempoh Kuarantin, 10 Hari Untuk Pengembara Dari Malaysia

Screenshot 2021 11 09 At 11.59.46 Am

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

PM Malaysia & Singapura Setuju Buka Sempadan Bagi Individu Terima Vaksin Lengkap Tanpa Kuarantin!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pm-malaysia-singapura-setuju-buka-sempadan-bagi-individu-terima-vaksin-lengkap/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen