PM Beri Amaran Tegas Kepada Peserta Himpunan Anti Rumah Anutan Haram

Tambah ke Sumber Pilihan
himpunan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan amaran tegas kepada peserta Himpunan Anti Rumah Anutan Haram agar tidak bertindak melampaui batas atau mencabar undang-undang negara.

Berucap dalam Konvensyen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), beliau menegaskan kebebasan bersuara dan hak untuk mengkritik kerajaan tetap terjamin.


Memetik laporan Sinar Harian, Anwar berkata, kebenaran untuk berhimpun tidak boleh disalahgunakan sehingga menjejaskan keselamatan awam atau keharmonian kaum.

Menurut Anwar, kerajaan tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang atau berunsur provokasi perkauman dan tindakan tegas akan diambil sekiranya garis itu dilanggar.

Himpunan
Himpunan Anti Rumah Anutan Haram dijadualkan pada malam ini di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur.

Artikel berkaitan: Dr Akmal Saleh Tegur Pihak Lantang Kritik Himpunan RXZ Tapi Diam Isu Pemandu Mabuk

Artikel berkaitan: Pengikut Ayah Pin Salah Seorang Yang Ditahan Dalam Himpunan Hadapan Istana Kelantan

Beliau turut mengingatkan peserta perhimpunan supaya tidak bertindak seolah-olah mengambil alih tugas pihak berkuasa.

“Kamu bukan polis, kamu bukan hakim. Jangan cuba ambil alih peranan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan pembinaan rumah ibadat yang tidak mematuhi peraturan.

Bagaimanapun, beliau berkata, undang-undang berkenaan terpakai kepada semua pihak tanpa sebarang pengecualian.

Sebelum ini, polis dilaporkan tidak membenarkan perhimpunan berkenaan diteruskan atas faktor keselamatan.

Ia termasuk mengambil kira lawatan rasmi Perdana Menteri India, Narendra Modi, ke Malaysia selama dua hari bermula semalam.

Walaupun begitu, penganjur perhimpunan dilaporkan tetap berhasrat meneruskannya.

Difahamkan, Himpunan Anti Rumah Anutan Haram dijadualkan pada malam ini di hadapan Kompleks Beli-Belah Sogo, Kuala Lumpur.

Sumber: Sinar Harian

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

PM Beri Amaran Tegas Kepada Peserta Himpunan Anti Rumah Anutan Haram
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/pm-beri-amaran-tegas-kepada-peserta-himpunan-anti-rumah-anutan-haram/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM