in

PM Akan Menghadap Agong Khamis Ini

Ft Pm Menghadap Agong Khamis Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis ini


Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan lagi sama ada akan membentangkan tarikh pembubaran parlimen.

“Ada orang kata (pembubaran parlimen akan dilakukan) sebelum (pembentangan Bajet 2023), ada yang kata selepas bajet pada hari Isnin.”

“Yang lain kata bulan ini atau November malah tahun depan,” katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Idea Bina Negara (IBN) Anak Muda Keluarga Malaysia di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, hari ini.

Ismail Sabri Muka 2 Baru Scaled 1

Memetik laporan NST, beliau turut menegaskan bahawa tiada parti politik boleh mempengaruhi perdana menteri dalam membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Tegas beliau lagi, walaupun sesiapa sahaja boleh memberikan cadangan dan pandangan mengenai perkara itu, kuasa tetap berada di tangan perdana menteri.

“Tarikh pembubaran parlimen tidak pernah dibincangkan secara terbuka sama ada dalam parti atau dengan pihak lain.

Screenshot 2022 10 04 155827

“Hanya PM (Perdana Menteri) mempunyai kuasa untuk mencadangkan supaya parlimen dibubarkan, tetapi keputusannya terletak pada Yang di-Pertuan Agong.”

Ismail Sabri juga berkata memorandum persefahaman (MoU) dengan pembangkang akan sah sehingga parlimen dibubarkan.

“Sudah tentu, kami mendengar pandangan orang lain, tetapi keputusan untuk mencadangkannya masih menjadi prerogatif perdana menteri.”

Baca : Azmin Ali Jadi Wakil PM Untuk Upacara Pengebumian Mendiang Shinzo Abe Hari Ini

Cd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.