in

Azmin Ali Jadi Wakil PM Untuk Upacara Pengebumian Mendiang Shinzo Abe Hari Ini

Cd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali akan mewakili Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada upacara pengebumian negeri bekas perdana menteri Jepun Shinzo Abe. Upacara pengebumian akan diadakan pada hari ini iaitu bertarikh 27 September di Nippon Budokan, Tokyo.


Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa majlis itu akan termasuk sesi temuramah dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Hirokazu Matsuno, dan Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi.

9Br211K8 Shinzo Abe Funeral 625X300 12 July 22

Menurut Harian Metro, Azmin juga turut memberikan ucapan takziah kepada pasangan Abe, Akie Abe, di Istana Akasaka di Tokyo.

Abe, perdana menteri Jepun yang paling lama berkhidmat, telah ditembak semasa menyampaikan ucapan pilihan raya di Nara pada 8 Julai.

Semasa menjadi perdana menteri, Abe melawat Malaysia sebanyak tiga kali. Beliau juga memainkan peranan penting dalam meningkatkan hubungan dua hala termasuk mengukuhkan lagi Dasar Pandang Ke Timur yang dirangka oleh Tun Dr. Mahathir.

F2C87Fa9 3Caa 430C 8605 0B7Cdb357B5F

Lawatan terakhir beliau ke Malaysia sebagai utusan khas perdana menteri Jepun adalah untuk memperingati ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur pada Mac 2022.

Dalam lawatan itu, baginda menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, serta pertemuan dengan Ismail Sabri.

Min berkesempatan untuk ucapkan takziah kepada pihak keluarga mendiang Shinzo Abe.

Baca: [TERKINI] Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe Meninggal Dunia

Screenshot 2022 09 27 At 12.03.51 Pm

Sumber: Portal
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.