in

PKPB : Penduduk Kawasan Zon Merah Harus Kerja Di Rumah Bermula 22 Oktober Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menerusi sidang media sebentar tadi, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakub berkata susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kerajaan memutuskan bahawa semua pekerja sama ada di sektor awam mahupun swasta di bahagian pengurusan dan pengawasan di Zon Merah tidak lagi dibenarkan ke pejabat.


Penguatkuasaan di kawasan-kawasan Zon Merah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah itu akan bermula dilaksanakan pada 22 Oktober ini. Lapor MalaysiaKini.

Katanya, usaha kerajaan itu bagi membendung penularan wabak Covid-19, dengan mengurangkan jumlah orang ramai yang bekerja di pejabat dan kilang.

Tambah Ismail Sabri lagi, syarikat perlu mengeluarkan surat kepada pekerja di kedua-dua bahagian itu yang membolehkan mereka bekerja dari rumah.

Ia bagi mengurangkan 1 juta pekerja yang terdiri daripada 800 ribu pekerja di sektor perindustrian, dan 200 ribu pekerja di sektor awam – daripada datang ke pejabat atau kilang masing-masing.

Sementara itu, mereka yang perlu ke pejabat, katanya perlu menjalani ujian swab. Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan menanggung kos ujian itu, katanya.

 

Baca : KKM Diminta Beri Pendapat Jika Selangor Perlu PKPD – Ismail Sabri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.