in

Pipi Macam Pau Semenjak PKP? Ini 5 Cara Untuk Dapatkan ‘Jawline’ Yang Tajam

Cats 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan oleh kerajaan pada bulan Mac lalu, ramai di antara kita yang lebih gemar untuk duduk di rumah berbanding meluangkan masa di luar.


Rata-ratanya adalah disebabkan kesedaran kita semua untuk tidak keluar sesuka hati dan berkumpul di tempat yang ramai orang. Ini semua dilakukan demi mengelakkan diri daripada dijangkiti virus Covid-19. Malah, ada juga di antara kita yang terlalu paranoid dan hanya memilih untuk duduk di rumah sahaja.

Situasi ini menyebabkan ramai di antara kita kurang bersenam dan hanya ‘menternak’ lemak ketika duduk di rumah. Salah satu kesan yang paling ketara apabila kurang bersenam adalah ‘pipi pau’.

63039579

Perkataan ‘pipi pau’ sering digunakan untuk menggambarkan keadaan pipi yang semakin berisi, membuatkan fizikal muka menjadi seolah-olah berbentuk bulat.

Pasti situasi ini merunsingkan anda semua bukan? Nak keluar bersenam di taman, takut terkena jangkitan Covid-19. Jika duduk di rumah sahaja pula, badan akan semakin berisi dan pipi akan semakin mengembang. Pening!

2 The Tree Of Life Premiere 64Th Annual Cannes Film Festival

Jangan risau, hari ini Lobak Merah akan kongsikan lima jenis senaman yang anda boleh lakukan untuk menguruskan pipi, silap-silap boleh dapat jawline sekali!

Lebih menarik, lima senaman ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja, anda boleh lakukan di atas katil, ataupun ketika bermain permainan video. Mudah bukan?

Berikut adalah lima senaman untuk menguruskan pipi:

1. Sebut A, E, I, O, U

Vowel

Untuk melakukan senaman ini, anda hanya perlu lakukan tiga langkah ini:

(a) Buka mulut seluas-luasnya anda dan sebut huruf A, E, I, O dan U.
(b) Pastikan gigi anda tidak bersentuh dan setiap huruf disebut secara betul.
(c) Ulang senaman ini sebanyak 15 kali dalam 3 set.

2. Senaman leher

Neck Curlup

Senaman ini lebih sesuai dilakukan secara baring. Anda hanya perlu lakukan langkah berikut:

(a) Angkat kepala anda dan gerakkan dagu ke arah dada. Pastikan perut anda tidak terangkat.
(b) Ulang senaman ini sebanyak 10 kali dalam 3 set.
(c) Lakukan secara perlahan dan berhati-hati kerana senaman ini boleh membuatkan otot leher anda lenguh dan kejang.

3. Senaman tulang kolar

Collar Bone

Senaman ini boleh dilakukan dengan menggerakkan kepala anda ke hadapan dan ke belakang secara berulang kali. Ulang senaman ini sebanyak 10 kali dalam 3 set.

4. Senaman pipi

Chinup

Ini pula adalah senaman khusus untuk pipi anda. Anda hanya perlu lakukan langkah berikut:

(a) Dengan mulut yang tertutup, gerakkan rahang bawah mulut anda dan gerakkan kedepan.
(b) Tahan posisi mulut itu selama 10 sehingga 15 saat, kemudian rehat.
(c) Ulang senaman ini sebanyak 15 kali dalam 3 set.

5. Jadikan makan chewing gum sebagai hobi

Tenor

Makan chewing gum adalah cara paling mudah untuk menguruskan pipi anda dan membuat rahang pipi kelihatan tajam.

Kebiasaannya, kita akan buang chewing gum selepas rasa manis itu habis kan? Selepas ini mungkin adalah boleh sambung kunyah selama beberapa minit sebagai senaman untuk menguruskan pipi.

Mula sekarang, jangan tangguh lagi!

Harus kita semua akui, muka adalah perkara pertama yang dipandang oleh kita semua. Jadi, tidak salah jika kita menjaga paras rupa dengan bersenam. Malah, bersenam juga mampu untuk menyihatkan tubuh badan.

Untuk rekod diri sendiri, mungkin anda boleh ambil gambar wajah sendiri sebelum memulakan senaman ini. Pada masa akan datang, anda boleh bandingkan kondisi pipi yang terbaharu dengan yang dahulu. Baru puas!

 

Sumber: IDIVA, Healthline

 

BACA: Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu

Xx 3

Sumber: Daily Star
Sumber: healthline
Sumber: healthline
Sumber: healthline
Sumber: healthline
Sumber: Tenor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.