in

Senaman Yang Paling Sempurna! Ini 5 Kelebihan Plank Yang Ramai Tak Tahu

Xx 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, mereka yang mahu menurunkan berat badan akan keluar bersenam atau melakukan apa-apa senaman yang boleh membakar kalori. Tahukah anda, senaman plank adalah satu bentuk senaman sempurna yang mampu untuk memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan kita.


Plank adalah satu jenis senaman yang paling efektif yang anda boleh lakukan. Ia hanya memerlukan masa yang sedikit namun masih mampu untuk memberikan keputusan memberangsangkan dalam jangka masa yang pendek.

Aa 9

Jadi, apa kebaikan senaman plank ini?

1. Tingkatkan fleksibiliti badan

Plank dianggap sebagai senaman yang sempurna kerana ia melibatkan banyak otot penting di tubuh badan seperti transverse abdominus, rectus abdominus, external oblique muscle dan glutes.

Berikut adalah penerangan bagi setiap bahagian otot terbabit:

Transverse abdominis: tingkatkan kekuatan untuk angkat beban lebih berat
Rectus adbominis: tingkatkan prestasi sukan, terutamanya apabila melompat. Bahagian otot ini juga mampu memberi rupa ‘six pack’ di perut anda.
Oblique muscles: menambah baik kestabilan badan
Glutes: membantu belakang badan menjadi kuat dan membentuk punggung yang ideal

2. Membaiki postur badan

Siapa dekat sini yang badannya nampak seperti membongkok? Itu tandanya postur badan anda dalam keadaan yang salah dan senaman plank mampu untuk membaiki postur tubuh agar menjadi lebih baik dan stabil.

3. Sesuai untuk kempiskan perut buncit!

Menurut kajian, hampir 10 peratus lemak terkumpul di bahagian perut, yang boleh membuatkan seseorang itu nampak buncit.

Pengumpulan lemak di bahagian ini juga berkait rapat dengan pelbagai masalah kesihatan. Dengan senaman plank, anda boleh dapatkan bentuk perut yang rata!

4. Tingkatkan metabolisme badan

Senaman plank mampu membakar kalori lebih banyak daripada senaman otot perut biasa seperti sit up. Tunggu apa lagi? Buat sambil Netflix pun boleh!

5. Boleh buat mood lebih tenang

Biar betul senaman plank mampu untuk menenangkan minda? Ya, anda tak salah baca!

Menurut petikan Health Corps, senaman plank mampu untuk membuat minda anda lebih tenang daripada biasa. Apabila anda bersenam, badan anda akan melepaskan satu kimia yang dipanggil endorphins. Endorphins berperanan untuk membuatkan manusia berasa tenang dan gembira.

Nak buat di mana?

Senaman plank bukanlah seperti senaman yang lain, anda boleh lakukan di mana-mana sahaja ruang yang boleh memuatkan diri anda. Cuba buat sambil tengok drama Korea, silap-silap anda tak sedar pun dah sejam buat plank!

Istockphoto 512226108 170667A

Sumber: Maskulin dan Health Corps

BACA: Forest Skywalk FRIM, Kepong Tawar Pemandangan KL Dari Ketinggian 50 Meter

Cats 23

 

 

 

Sumber: Men's Health
Sumber: iStock

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.