Sedar atau tak, beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki bulan Ramadan, bulan yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh umat islam.
Sudah jadi kebiasaanya, tanggal 1 Ramadan, umat islam di seluruh negara akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk menikmati bersahur dan berbuka bersama keluarga tercinta.
Jalan sesak bukan masaalah, selagi dapat menikmati indahnya hari pertama Ramadan bersama keluarga di kampung halaman.
Namun tahun ini mungkin berbeza.
Umat islam di negara ini terpaksa menyambut awal Ramadan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 sehingga 28 April ini.
Dalam tempoh tersebut, kerajaan juga ada ingatkan bahawa orang ramai DILARANG pulang ke kampung halaman sepanjang tempoh PKP Fasa 3 ini, bertujuan bagi membendung penularan Covid-19 yang dilihat semakin menurun.
Polis akan menambah sekatan jalan raya di seluruh negara bagi memastikan kawalan pergerakan dapat dipertingkatkan berikutan ada ura-ura orang ramai ingin balik ke kampung untuk menyambut Ramadan.”
Tidak mengira darjat, malah wakil rakyat juga tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara ketika menjalankan tugas di kawasan masing-masing ketika tempoh pelaksanaan PKP serta tidak boleh mengadakan perjumpaan atau program serta jamuan melibatkan kelompok yang ramai.”
Situasi ini pasti memberi ‘suasana’ baharu kepada mereka yang menyambut Ramadan di negara ini khususnya kerana sudah menjadi kelaziman untuk berbuka puasa beramai-ramai, malah majlis buka puasa juga turut diadakan sepanjang bulan ramadan.
Tahun ini mungkin tidak, mungkin terpaksa berbuka sendirian, berdua atau pelbagai kemungkinan lain.
Dan perlu diingat, bahawa kerajaan telah membuka sebanyak 11 penjara sementara bagi tahanan yang ingkar PKP, yang mana penjara tersebut akan mula beroperasi 23 April ini bersamaan 1 hari (jangkaan) sebelum menyambut bulan Ramadan, lapor Bernama.
Jadi pilihan di tangan anda BERPUASA DI RUMAH ATAU PENJARA?
Meskipun kes harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan dengan 2 angka sahaja, ini tidak memberi tiket kepada rakyat untuk sesuka hati keluar dan melakukan aktiviti seperti kelaziman.
Fikir-fikirkan.