in

PewDiePie Kalahkan Kim Tae-hyung Untuk Gelaran Paling Handsome 2020, Peminat BTS Berdebat Tak Puas Hati

Pewdiepie Kalahkan Kim Tae Hyung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada penghujung setiap tahun, akaun YouTube bernama TC Candler akan memuat naik satu video yang memaparkan 100 individu popular seluruh dunia dalam satu kompilasi bertajuk 100 Wajah Paling Cantik dan 100 Wajah Paling Handsome.


Tahun 2020 juga tidak terkecuali dan pada penghujung tahun tempoh hari, akaun ini telah mengeluarkan video bagi dua kategori ini.

Di bawah ni, admin sertakan video untuk kategori 100 Wajah Paling Handsome.

Bagi tahun 2020, bintang terkenal YouTube, PewDiePie telah dinobatkan sebagai Wajah Paling Handsome.

Pewdiepie E1609570422622

Memetik The Straits Times, PewDiePie atau nama sebenarnya, Felix Kjellberg, 31, telah berjaya mengatasi salah seorang ahli kumpulan terkenal Korea Selatan, BTS iaitu Kim Tae-hyung atau lebih dikenali sebagai V.

Walau bagaimanapun, pengiktirafan yang dikeluarkan pada 28 Disember 2020 itu dikritik hebat peminat BTS yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

V E1609570543503

Rata-ratanya mengatakan keputusan itu telah diprogram. Ada pula yang merasakan bintang YouTube dari Sweden itu tidak mungkin boleh mengalahkan Kim Tae-hyung.

Uish, sampai macam tu sekali

Sementara itu, peminat PewDiePie pula membalas dengan mempertahankan bintang YouTube tersebut dan mengucapkan tahniah atas pengiktirafan.

Kategori sama turut menyenaraikan beberapa bintang Korea Selatan lain di tangga 50 teratas termasuklah dua lagi ahli kumpulan BTS, Jungkook (keempat) dan Jimin (ke-17).

Selain itu, bintang Hollywood seperti Harry Styles, Chris Hemsworth, Henry Cavill, Jason Momoa dan Zayn Malik turut tersenarai dalam pengiktirafan ini.

Yael

TC Candler juga ada menyeraikan 100 Wajah Paling Cantik. Bagi tahun 2020, model dan aktres dari Israel, Yael Shelbia, 19, telah mendapat tempat pertama.

Lisa Blackpink

Manakala tempat kedua pula jatuh ke tangan Lisa dari kumpulan idola Blackpink.

Korang boleh tengok video di bawah:

Apa pendapat korang dengan pengiktirafan ni? Korang rasa ada selebriti lain ke yang patut disenaraikan?

Sumber: The Straits Times

Baca: “Baju outing MRSM” – Peminat Teruja Tengok Taehyung BTS Perform Pakai Kemaja Batik Ala ‘Mesyuarat PIBG’ Tapi Harga…

Batik E1609566005666

Sumber: BBC
Sumber: Teen Vogue
Sumber: IDN Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.