Sebelum ini, di viral di Whatsapp ada khabar berita perutusan daripada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan dengan perutusan khas yang bakal di jalankan pada hari esok.
Menjawab pertanyaan itu, Kosmo! melaporkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan bahawa poster yang tular di media sosial itu adalah palsu.
Spekulasi itu mula timbul berikutan dengan penularan kes Covid-19 yang semakin meningkat. Namun begitu, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang lebih “disasarkan” untuk mengurangkan tekanan pada sistem penjagaan kesihatan.
Katanya, KKM mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan mereka, lapor Malaysiakini.
“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.
“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan. “