in

“Dah capai breaking point” – Mungkin Tak Dapat Nak Tampung Pesakit, KKM Cadang Kerajaan Buat PKP Bersasar

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, semalam negara kita sekali lagi mencatatkan rekod baru kes tertinggi dengan pertambahan kes positif Covid-19 sebanyak 2,293 kes. Disebabkan ini, jumlah kes aktif juga turut meningkat ke angka 24,347.


Ekoran jumlah kes yang membimbangkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah telah mencadangkan agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara bersasar dibuat bagi mengurangkan tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan dalam sidang media semalam.

Katanya, sistem penjagaan kesihatan sekarang dah pun berada pada tahap genting dengan pertambahan jumlah pesakit, lapor MalaysiaKini.

Datuk Dr Noor Hisham0905 1589006880

Ini kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pesakit di kemudahan kami.”

Jadi, bagi mengurangkan beban serta meningkatkan sistem penjagaan kesihatan, PKP secara bersasar adalah jalan terbaik.

Malah menurutnya lagi, sistem intervensi kesihatan separti pengesanan kontak rapat yang ditangguhkan dah tak lagi optimal.

Ini pendekatan lebih bersasar daripada melibatkan seluruh negara seperti PKP yang kita lakukan pada 18 Mac tahun lalu.

Saya rasa strategi kita akan berubah dan kita akan lebih melihat keadaan setempat dan disasarkan dari segi pelaksanaan.”

Sekatanjalanraya1A 1586338912

Bagaimanapun, perbincangan masih lagi sedang dijalankan dan mungkin beberapa keputusan akan dibuat secepat mungkin.

Dengan PKP secara bersasar ini, Dr Hisham mencadangkan untuk mengawal negeri hijau dan kuning bagi melindungi mereka dari peningkatan kes manakala di negeri zon merah pula, tindakan lebih drastik mungkin akan dilaksanakan dengan melihat kepada kluster-kluster di negeri tersebut.

“Kami juga akan memperketat kawalan sempadan dengan melarang orang melakukan perjalanan merentas negeri dan daerah berdasarkan perkembangan tren (kes) terbaru.”

Namun, keputusan untuk melaksanakan PKP bersasar ini adalah milik prerogatif kerajaan tapi Dr Hisham yakin kerajaan akan membuat keputusan yang tepat.

 

Baca: TERKINI: Rekod Baru! 2,593 Kes Positif Baharu & 4 Kematian Dilaporkan Hari Ini

Collage 2

Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.