in

Perompak Kejut Tuan Rumah Nak Password Wifi

Password Wifi Apa Woi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam ni punya perompak pun ada ke?!


Selalunya perompak ni ada satu je tujuan kalau dah jejakkan kaki dalam rumah mangsa, iaitu of course la nak curi barang. Tapi menurut WORLD OF BUZZ, ada seorang remaja berumur 17 tahun ni pecah masuk rumah sepasang suami isteri tua di Palo Alto, California sekitar jam 12:31 tengah malam tapi lepas tu buat something yang tak disangka-sangka.

Router 6
sumber: wob

Dah la masuk rumah orang nak mencuri, remaja lelaki ni dengan beraninya kejut pasangan tuan rumah tersebut semata-mata demi nak dapatkan password Wifi. Tak dapat dipastikan kenapa lah dia nak kena guna internet waktu tu, tapi remaja tersebut nak guna Wifi kat rumah tu sebab khabarnya data dia dah habis.

Pasangan tu dah terang-terang la confirm terkejut gila dan takut sebab ada pencuri kot dalam rumah dia! Si suami cepat-cepat lompat dari katil dan berdepan dengan remaja tu. Dia tolak remaja tersebut keluar dari bilik tidur dia, sampai lah keluar dari rumah tu sebelum dia panggil polis.

Sam 0216
gambar hiasan

Remaja tu kemudiannya curi basikal untuk melarikan diri tapi kena tangkap pulak. Polis sembunyikan nama remaja tu sebab dia masih bawah umur tapi dia akan tetap dikenakan hukuman. Remaja tu juga kena dakwa sebab beri maklumat palsu kat polis dengan menipu pasal identiti dia sewaktu disoal siasat.

Lepas siasatan lanjut, rupanya remaja tu ada pecah masuk rumah lain jugak sebelum tu. Apalah nasib budak ni nanti kalau masuk penjara…takde wifi kat dalam tu…

Baca: Perompak Kantoi Pecah Masuk Rumah Disebabkan Bau Kaki Yang Terlalu Busuk

Bsuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.