in

Pernah Kena Raid Kes Khalwat Kat Hotel Butterworth, Tapi..

Tangkap Khalwat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan main hangat lagi media sosial selepas seorang menteri katanya mengeluarkan kenyataan berhubung operasi khalwat melibatkan orang Islam.

Dalam kehangatan topik tu, ramai juga yang berkongsi pengalaman menjadi ‘mangsa’ operasi khalwat atau raid yang dikendalikan oleh agensi-agensi atau jabatan ini yang dianggap keterlaluan.


 

“Tak sempat aku nak pakai baju, diorang jerit suruh keluar..”

Contohnya, pengguna Twitter yang dikenali dengan nama Annawi ni. Katanya dia yang berseorangan pernah diberi layanan kurang memuaskan oleh agensi berkaitan bila disyaki berkhalwat dalam bilik sebuah hotel di Butterworth, Pulau Pinang.

Biasalah kalau dah travel malam-malam, kalau dah mengantuk sangat kita terus tuju ke mana-mana hotel untuk berehat.

Risau pula kalau berhenti di tepi jalan, kena langgar pula kan?

 

Raid Khalwat 1
sumber: twitter

Tak lama lepas check-in masuk ke bilik hotel, mestilah terus nak tidur. Kata pun tengah malam!

Tapi tiba-tiba ada orang ketuk pintu kuat gila sampai tak sempat nak pakai baju, jerit suruh keluar.

Bila dah masuk, terus tolak penghuni ke tepi dan ramai-ramai cari perempuan dalam bilik tu. Dah macam main Hide-n-Seek!

Raid Khalwat 2
sumber: twitter

Raid Khalwat 3Sumber: Twitter

Tak tau pula kalau lelaki tidur tak boleh pakai kain pelikat ye? Sampai kena soal sampai macam tu sekali.

 

“Tak sampai 10 minit, bilik aku kena ketuk lagi..”

Baru nak sambung rehat, sekali lagi dalam jarak masa 10 minit bilik diketuk lagi. Kali ni, oleh lelaki berjanggut siap pakai songkok berbaju Melayu.

Berapa ramai pula yang buat operasi ni? Kenapa pula kat tempat sama berderet-deret?

Lepas tu kenapa pula bila tak jumpa perempuan dalam bilik, korang macam frust?

Raid Khalwat 4
sumber: twitter
Raid Khalwat 5
sumber: twitter

Tapi kes Annawi ni bukanlah satu-satunya kes atau pengalaman kurang selesa yang dikongsikan berkaitan operasi khalwat ni.

 

Ramai kena kes serupa walaupun dah kahwin dan ada mak dalam bilik sama

Ramai je lagi yang dakwa mereka pernah kena kes serupa walaupun sudah berkahwin, ada anak dan lagi menariknya siap bawa mak dalam bilik sama!

Memang boleh buat orang geram dan sakit hati juga. Yelah, kalau dah ada ikatan sah kenapa nak serang pula?

Takkan sebelum tu tak ada laporan dengan bukti kukuh atau siasatan tepat berhubung kes khalwat yang dilaporkan oleh pengadu?

Raid Khalwat 6
sumber: twitter
Raid Khalwat 7
sumber: twitter

Kalau iya nak periksa pun, kena juga pastikan aurat orang lain terjaga. Yelah, orang tidur mana ada yang pakai tudung kan?

Kalau kes tak bawa kad nikah pula macam mana? Dah terus dijatuhkan hukum ke?

Raid Khalwat 9
sumber: twitter
Raid Khalwat 8
sumber: twitter

Tak ada yang salah pun usaha jabatan-jabatan agama atau agensi ni untuk melakukan sebarang operasi mencegah maksiat.

Tapi apa kata kalau next time, jalankan operasi tu dengan cara membuat siasatan secara tepat dan hormati pasangan yang diadu tu juga?

Kalau benda dah salah, bolehlah tahan terus. Kalau tak? Takut juga jatuh fitnah nanti.

 

Baca: Tiada Lagi Serbuan Khalwat, Kerajaan Tak Boleh Masuk Campur – Mujahid Rawa

Khalwat Mujahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.