in

Tiada Lagi Serbuan Khalwat, Kerajaan Tak Boleh Masuk Campur – Mujahid Rawa

Khalwat Mujahid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dilaporkan berkata, apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.


Sebagai contoh, tiada lagi ketukan pintu di waktu tengah malam oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain.

Tapi janganlah terkejut dengan kenyataan beliau itu!

 

Pegawai tidak sepatutnya mengganggu ruang lingkup peribadi seseorang individu

Dr Mujahid merujuk kepada tindakan pihak penguatkuasa yang telah mengeksploitasi dan menyalahgunakan kuasa mereka dalam beberapa kes.

“Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya mengganggu ruang lingkup peribadi seseorang individu,” katanya.

Malah, dia mengutuk tindakan memecahkan pintu bagi menangkap pesalah khalwat dan berharap ia tidak diulang lagi dalam pembaharuan yang mahu dilaksanakannya.

“Penguatkuasaan khalwat ini telah disalahgunakan dan dieksploitasi dalam beberapa kes. Mereka (pegawai) tidak sepatutnya mengganggu ruang lingkup peribadi seseorang individu,” ujar beliau lagi.

Khalwat
Sumber: Sinar Harian

 

“Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan”

Dalam temubual eksklusif bersama The Star, Dr Mujahid menyebut apa yang dilakukan dalam ruang peribadi orang ramai, pihak kerajaan tak akan campur tangan.

“Katakan anda melakukan sesuatu dalam ruang peribadi anda, saya tidak akan campur tangan.

“Sebagai contoh, pengambilan alkohol adalah satu kesalahan bagi seorang Muslim, tetapi jika anda melakukan perbuatan itu di dalam kawasan anda, maka sebagai sebahagian daripada kerajaan, saya tidak akan campur tangan.”

Tapi maksud Dr Mujahid tu bukannya dia tak nak mengambil tanggungjawab dalam membuat sebarang larangan, lebih-lebih lagi apabila ia suatu yang ditentang agama.

Mujahid
sumber: mstar online

Pada masa sama, beliau juga ingin mengubah persepsi atau cara berfikir “konservatif agama” dalam kalangan penjawat awam untuk menegakkan kesucian agama Islam yang sebenarnya lebih bersifat “belas kasihan untuk semua”.

“Kisah kerajaan Islam akan diterjemahkan ke dalam dasar kita, semua aktiviti kehakiman Islam, semua hubungan kita dengan agama lain.

“Islam yang mengasihi tidak membahayakan kepentingan rakyat atau kepentingan perpaduan dan keharmonian negara,” katanya.

Dengan berdepan pelbagai isu panas macam LGBT, perkahwinan bawah umur, kes liwat tahfiz dan sebagainya, berat tanggungjawab yang perlu dipikul oleh pihak kementeriannya.

Baca: Padahal Nak Berkhalwat, Wanita Bagi Alasan Pergi Rumah Tunang Untuk Isi Borang Kahwin

Khalwat

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.