“Permaisuri sendiri masuk bertanding!” – 3 Keluarga Diraja Ini Sertai Sukan SEA 2025

Tambah ke Sumber Pilihan
“Permaisuri sendiri masuk bertanding!” – 3 Keluarga Diraja Ini Sertai Sukan SEA 2025

Temasya dwi-tahunan, Sukan SEA merupakan acara yang sering dinanti-nantikan buat masyarakat ASEAN dengan kali ini Thailand mewakili tuan rumah.

Selain barisan atlet aktif, acara berprestij ini turut disertai kerabat keluarga diraja. Berikut merupakan keluarga diraja yang beraksi dalam acara sukan kali ini.


1. Permaisuri Thailand

Antara yang mencuri tumpuan kali ini ialah penyertaan Permaisuri Thailand, Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana yang akan turun beraksi mewakili negaranya dalam acara pelayaran.

Isteri kepada Raja Maha Vajiralongkorn dijadualkan menyertai acara perlumbaan perahu layar besar (keelboat) SSL47 yang berlangsung dari 15 hingga 18 Disember di Pattaya, Chonburi.

3666497

Difahamkan, acara tersebut merupakan antara kategori baharu yang diperkenalkan pada edisi Sukan SEA tahun ini.

Baginda yang berusia 47 tahun itu akan berperanan sebagai pengemudi pasukannya, dan pernah menyertai Regata Piala Raja Phuket ke-37 sebagai persiapan terakhir sebelum Sukan SEA.

1Vgdhxxh1Qd1Hsp6Qc7NSumber: Nation Thailand

Artikel berkaitan: Gara-gara Konflik Sempadan, Kemboja Tarik Diri Daripada Sukan SEA

Artikel berkaitan: Sukan SEA Kembali Lagi, Ini 5 Negara Yang Kerap Jadi Tuan Rumah Bagi Sukan SEA

2. Anakanda Sultan Brunei

Sama seperti temasya sebelum ini, Putera Brunei, Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen sekali lagi membuktikan bakatnya sebagai pemain polo bertaraf antarabangsa.

Snapinsta.to 590433643 18554498170027004 1215664775277060172 N

Turut menyertai sukan itu mewakili Brunei Darussalam ialah kakak kepada Abdul Mateen, iaitu Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah.

Untuk acara kali ini, pasukan polo Brunei telah berjaya meraih pingat perak setelah bersaing sengit melawan pasukan polo Thailand dengan keputusan mata 0 – 7.5.

Snapinsta.to 599624221 18554986768027004 3796383686548379978 N

3. Putera Sultan Pahang

Putera Sultan Pahang, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bukanlah nama asing dalam sukan polo.

Minat mendalam baginda terhadap sukan berkuda diwarisi daripada ayahanda, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga figura penting dalam perkembangan sukan polo tanah air.

Tengku Muhammad Iskandar

Semangat kesukanan yang ditonjolkan baginda membawa skuad ekuestrian polo negara meraih pingat gangsa selepas menewaskan Filipina dalam penentuan pingat gangsa kategori 2-4 Goals.

Da56F4336B7Dad73461163D840C34216

Sumber: Astro Awani, Bernama

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nisak
Lagi tulisan Nisak
Suka buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Permaisuri sendiri masuk bertanding!” – 3 Keluarga Diraja Ini Sertai Sukan SEA 2025
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/permaisuri-sendiri-masuk-bertanding-3-keluarga-diraja-ini-sertai-sukan-sea-2025/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM