in

“Makanan dah berulat” – Menteri Brunei Beri Penjelasan Isu Makanan Rosak Masa Perkahwinan Putera Mateen

Brunei Makanan Rosak Perarakan Diraja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di sebalik gilang gemilang majlis perkahwinan putera dari Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan pasangannya, Dayang Anisha Rosnah Adam, muncul pula satu berita kurang enak didengar berkenaan majlis tersebut.

Menurut laporan media, terdapat aduan mengenai makanan berulat diberikan kepada penjawat awam dan pelajar sekolah yang terlibat dalam perarakan diraja yang diadakan pada Ahad lepas.


2502397

Artikel berkaitan: “Handsomenyaaa” – Selepas Putera Mateen, Putera Abdul Wakeel Pula Jadi Pujaan Para Gadis

Artikel berkaitan: “Baru tahu!” – Ini Penjelasan Kenapa Putera Mateen Sebut ‘Ringgit’ Ketika Lafaz Akad Nikah

Menteri Dalam Negeri Brunei, Dato’ Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman yang juga pemangku Menteri Pendidikan berkata, sebanyak 23,800 bungkusan makanan telah diberikan kepada pelajar dan 15,700 bungkusan makanan pula diberikan kepada penjawat awam.

Walau bagaimanapun, sebanyak 775 roti yang disediakan kepada tiga sekolah didapati tidak sesuai untuk dimakan.

Tambah Awang Ahmaddin lagi, penyediaan makanan tersebut telah diuruskan oleh Kementerian Pendidikan dan tender dibuka berdasarkan kriteria yang ditetapkan seperti kos dan kebolehan dalam menyediakan makanan.

Bru1 1705237845

18 syarikat juga telah diarahkan untuk penyediaan makanan berdasarkan zon masing-masing.

Pun begitu, mujurlah tiada kes yang melibatkan sakit perut dan gastroenteritis yang dikesan di antara mereka yang terlibat dalam majllis perarakan tersebut.

Menteri Kesihatan Brunei, Dato Seri Setia Dr Mohd Isham Jaafar walau bagaimanapun menegur para penerima tender untuk lebih serius dalam memastikan kebersihan makanan kerana ia melibatkan pelbagai pihak.

Fuh nasib tak ada yang sakit perut. Harap pihak penyedia makanan lebih berhati-hati dalam isu ini. 

Sumber: The Star

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.