in

Permainkan Kematian Orang. Biadap!

Fi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kecoh berita seorang pelajar universiti tempatan meninggal dunia kerana dipercayai jatuh dari bangunan asrama lelaki di kampus tersebut. Kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Dengkil pada jam 11:30 malam tadi.


Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali memaklumkan bahawa mangsa yang baru berusia 18 tahun itu dikatakan sedang bersembang dengan rakannya di balkoni asrama sebelum kejadian.

Gmbr1
sumber: twitter

“Menurut rakannya yang juga saksi kejadian, insiden berlaku ketika mangsa dikatakan sedang bercakap telefon sambil duduk di atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan.”

“Tiba tiba, mangsa dipercayai tergelincir dari besi yang didudukinya itu lalu terjatuh dari ketinggian empat tingkat.”

Pun begitu, menurut perkongsian di Twitter, seorang individu mendakwa dia mendapat info daripada Whatsapp bahawa mangsa dikatakan menggantung hammock di luar jendela yang berada di tingkat empat dan jatuh kerana bersorak sewaktu pasukan yang disokong menjaringkan gol.

Qq 2
sumber: twitter
Qq2
sumber: twitter

Pelajar tersebut juga khabarnya berkemungkinan anak kepada seorang individu yang agak berpengaruh. Jadi semua yang tahu pasal ni diarahkan supaya tidak menyebar berita yang sebenar tentang kematian mangsa dan memadam semua tweet-tweet pasal ni.

Gmbr2
sumber: twitter
Gmbr3
sumber: twitter

Tapi apa yang menyedihkan adalah bila kematian tersebut dipersenda oleh segelintir manusia yang bertindak mempermainkan pulak kematian pelajar tersebut. Katanya mangsa lah yang bebal sebab saja-saja gantung hammock lepas tu menyusahkan orang lain lepas meninggal dunia. 

Dorang ni jugak siap gelakkan kematian mangsa lagi. Ish biadapnya!

3 6
sumber: twitter
Bdh1 1
sumber: twitter
Bdh2
sumber: twitter

Buat masa ini mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa tidak menemui sebarang kesan berunsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Semoga siasatan akan berakhir dan kebenaran akan terbongkar tak lama lagi. Tak baik tau mempersenda kematian orang macam tu.

Baca: “Dah tua pun bodoh!” – Netizen Kecam Sharifah Sakinah Dan Janna Nick Persenda Kematian Artis Kpop

Shinee

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.