in

“Perlu ke conteng muka hitam” – Syatilla Melvin Dikecam Sebab Dikatakan Tak Sensitif Promote Produk?

Sam10

Baru-baru ini, tindakan pelakon Syatilla Melvin mempromosikan produk kecantikan telah mengundang kemarahan netizen.

 

So point kau buat video ni nak kate yang manusia kulit gelap buruk lah  – Netizen

Dah masuk tahun 2021 ini, sudah semestinya warganet dah mula faham akan nilai-nilai moral terhadap sesuatu perkara, misalnya sensitiviti terhadap sesuatu budaya dan segelintir golongan, apatah lagi di Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.

Dalam perkongsiannya menerusi Instagram, Syatilla dikatakan bakal melancarkan produk kecantikan miliknya minggu depan dengan memberikan satu teaser yang membuatkan netizen rasa agak kurang senang apabila melihat video tersebut.

Syatilla dilihat menconteng mukanya menjadi gelap dan membuat transformasi menjadi cerah dan cantik.

Mereka anggap perbuatan menconteng muka itu dikatakan offensive dan ada yang mengatakan seolah-olah orang yang mempunyai kulit gelap ini dianggap hodoh.

Sam Sam2 Sam3 Sam4 Sam5 Sam6

Sebelum ini, ada penyanyi lain dan jenama drugstore terkemuka telah mendapat kecaman kerana menggunakan kaedah yang sama. Disebabkan itu mereka ada membuat permohonan secara terbuka.

Namun begitu, ada peminat yang menyokong produknya dan menunggu untuk ia dilancarkan, malah ada juga netizen yang tergamam melihat transformasi Syatilla.

 

Baca : “Ada unsur lucah dan tak sesuai dengan imej muslimah”- Iklan Produk Syatilla Melvin Dikecam?

Ecm