in

“Ada unsur lucah dan tak sesuai dengan imej muslimah”- Iklan Produk Syatilla Melvin Dikecam?

Ft Jamu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas berjaya mengeluarkan produk kosmetik, kini jenama Kekasih by The Melvins milik Syatilla Melvin dan adik-beradiknya menghangatkan media sosial.


Apa yang panas sangat tu?

Kekasih dikatakan telah mengeluarkan produk jamu bertujuan untuk merapatkan keintiman pasangan suami isteri.

Biasalah penjualan jamu di pasaran. Tapi yang menarik perhatian netizen ni adalah gambar yang digunakan untuk mempromosikan produk tersebut.

Dengan posing Sam yang ‘keletihan’ serta adanya barangan tersembunyi di birai katil, netizen pantas berkongsi pandangan.

Image From Ios 3

 

Mengulas mengenai marketing panas yang digunakan itu, Sam berkata sukar untuk memenuhi kehendak semua orang.

“Sebenarnya, itu adalah cara untuk menunjukkan keberkesanan produk kegunaan wanita, tetapi disalahertikan.

“Bagaimanapun, saya mengerti, tidak semua orang faham. Jika kami melabur dengan menghasilkan iklan yang mahal, itupun belum tentu diterima.

Walaupun strategi pasaran itu dirasakan terbaik oleh Sam dan Syatilla, namun rata-rata netizen bertindak mengecam strategi itu  kerana ia dilihat membawa maksud yang lucah dan tidak bersesuaian dengan imej wanita muslimah, lapor Berita Harian

Hmm…so macam mana? Mungkin cara setiap orang berbeza, tapi kita kalau nak menegur janganlah pula sampai mencemuh okay?

 

Baca : Apsal kasar sangat? Syatilla Ditegur Goncang Tangan Anak Macam Nak Patah

Capture 5 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.