Perlu Bayar RM4,200 Untuk Hadiri Majlis Perkahwinan, Pasangan Ini Berjaya Kutip Lebih Setengah Juta Ringgit

Tambah ke Sumber Pilihan
Majlis Perkahwinan

Sepasang pengantin dari Idaho, Amerika Syarikat mencuri perhatian dunia apabila mengenakan bayaran sehingga AS$997 (bersamaan kira-kira RM4,200) kepada tetamu yang ingin menghadiri majlis perkahwinan mereka yang berlangsung selama tiga hari, awal bulan ini.

Screenshot 2025 08 17 At 2.48.22 Pm

Pasangan berkenaan, Marley Jaxx dan Steve J. Larsen, yang aktif dalam bidang keusahawanan digital, menjelaskan pendekatan itu bertujuan mengelakkan hutang perkahwinan serta mencipta pengalaman unik kepada tetamu.


Beberapa kategori tiket ditawarkan, termasuk pakej asas bernilai AS$57 (RM240) untuk akses ke majlis perkahwinan dan resepsi, manakala pakej VIP bernilai AS$997 untuk dua orang merangkumi makan malam, sesi brunch bertemakan biohacking, tempat duduk khas dan peluang promosi jenama.

Memetik laporan Astro Awani, seramai 270 tetamu hadir ke majlis tersebut, kebanyakannya terdiri daripada kenalan dalam talian dan pengikut media sosial pasangan itu.

Hasil kutipan keseluruhan mencecah AS$132,550 (bersamaan kira-kira RM557,000), dengan sebahagian digunakan untuk menampung kos penganjuran, manakala selebihnya disumbangkan kepada badan amal Village Impact yang membina sekolah di Kenya.

Pasangan itu turut menegaskan bahawa tetamu tidak perlu membawa hadiah, sebaliknya hanya membayar untuk pengalaman yang ditawarkan.

Konsep ini, menurut mereka, adalah cara untuk meraikan hari bahagia tanpa beban kewangan sambil menyumbang kepada tujuan kebajikan.

Artikel berkaitan: Warga Emas Ditipu, Sanggup Berkelana Lebih 700km Untuk ‘Berkahwin’ Ratu Cantik

Artikel berkaitan: Anak Tiara Jacquelina & Arwah Hani Mohsin, Hani Karmila Selamat Diijabkabulkan

Screenshot 2025 08 17 At 2.48.33 Pm

Walaupun pendekatan tersebut mengundang reaksi bercampur-campur, termasuk kritikan yang menyifatkannya sebagai ‘tidak sensitif’ dan terlalu ‘komersial’, ramai juga yang memuji ketelusan serta nilai amal yang diketengahkan.

Marley dan Steve berharap perkahwinan mereka dapat menjadi alternatif bagi pasangan muda yang ingin meraikan perkahwinan dengan cara berbeza.

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Perlu Bayar RM4,200 Untuk Hadiri Majlis Perkahwinan, Pasangan Ini Berjaya Kutip Lebih Setengah Juta Ringgit
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/perlu-bayar-rm4200-untuk-hadiri-majlis-perkahwinan-pasangan-ini-berjaya-kutip-lebih-setengah-juta-ringgit/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM