in

Perlaksanaan Undi 18 Diwartakan, Pendaftaran Automatik Berkuat Kuasa 15 Disember

Page2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pindaan Perlembagaan untuk menurunkan umur minimum mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun akan berkuat kuasa bermula 15 Disember ini.


Perkara tersebut dinyatakan melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember yang disiarkan Jabatan Peguam Negara yang turut menyatakan nama Setiausaha Jemaah Menteri Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subsekyen 1(2) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 [Akta A1603], Yang di-Pertuan Agong menetapkan 15 Disember 2021 sebagai tarikh Seksyen 3 Akta itu mula berkuat kuasa”

Pada masa ini, setiap warganegara yang mencapai umur 21 tahun layak mengundi di kawasan masing-masing, di bawah Perkara 119 perlembagaan Persekutuan.

Dengan pindaan itu, perkataan “dua puluh satu tahun” akan digantikan dengan “lapan belas tahun” dalam Perkara 119. Pindaan itu juga akan menjadikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik.

Undi18

Sebelum ini, lebih dua pertiga Dewan Rakyat telah meluluskan pindaan Perlembagaan untuk menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun. Perkara ini berlaku dalam mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019.

Walau bagaimanapun, pindaan tersebut ditangguh pada bulan Mac tahun ini berikutan masalah yang dihadapi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Kemudian pada 6 September, Mahkamah Tinggi Kuching memerintahkan SPR dan Kerajaan Persekutuan melaksanakan penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 menjelang 31 Disember. Perlaksanaan pindaan akhirnya berkuat kuasa pada tengah bulan ini.

Perkara ini disambut baik oleh mereka yang selama ini menyokong usaha untuk menurunkan usia minimum keluar mengundi, termasuklah bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq melalui akaun Twitter.

Makin muda orang kita keluar mengundi lepas ni. Dengan pemindaan ini, harapnya golongan muda sedar tanggungjawab besar yang mereka pikul dan matang dalam mengundi.

Sumber: Awani

Baca: “Mana undi kami?” – 18 Remaja Nak Saman PM, Kerajaan & SPR Kerana Tangguh Undi18

3 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.