Bercuti di luar negara kini mula menjadi pilihan ramai rakyat di negara ini, sama ada bersama keluarga, kawan-kawan, pasangan ataupun bercuti secara solo.
Namun tak semuanya indah, bercuti memang seronok tapi banyak perkara perlu diambil kira, salah satunya ialah aspek pengangkutan terutamanya di airport.
Seorang lelaki, Zainudin Omar ada berkongsi ‘scam teksi’ atau perangai kotor pemandu teksi di luar negara di facebooknya, diharap boleh jadi peringatan buat kita semua.
Paling banyak scam taxi dari airport kerana pemandu taxi mengambil kesempatan keatas pelawat yang…
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10157736983528334&set=a.10150408846238334&type=3&theater
Tip 101: Beberapa tip menaiki taxi di negara asing untuk keselamatan diri.
Saya banyak menggunakan perkhidmatan taxi semasa di luar negara, terutamanya dari airport ke hotel. Paling banyak scam adalah penggunaan taxi dari airport kerana pemandu taxi mengambil kesempatan keatas pelawat yang masih teragak agak dengan sistem pengangkutan dinegara yang baru dijejaki.
Buenos Aires Airport
Disini tiada taxi coupon, semua passenger terpaksa beratur untuk ambil taxi luar. Saya tunjukkan alamat hotel dan nampak taxi dreber menekan meter taxi.
Kerusi passenger depan dia baringkan jadi saya tak nampak meter berjalan. Sampai hotel taxi dreber kata 800 pesos (RM240) walhal hanya 7 km dan trip 15 minit sahaja. Saya dah agak yang dia nak scam saya. Saya suruh dia angkat backpack saya ke lobi hotel dan saya tanya receptionist berapa kos biasa tambang airport ke hotel.
Sementara itu dreber taxi menjerit jerit ‘Pay Pay Pay’ tetapi saya buat tak dengar. Orang orang hotel pun nampak macam tak mau commit untuk memberitahu berapa rate yang biasa (maklumlah bangsa mereka juga).
Akhir sekali saya jerit kat dia yang saya akan ambil gambar dia dan repot kepada polis. Saya bayar dia 300 pesos (Rm90), iaitu tambang taxi yang saya bayar di Puerto Iguazu ke Airport sahaja. Dia ambil duit itu dan menjerit jerit dalam bahasa yang saya tak faham (mencarut lerteww?).
Berhati hatilah, kerana dimana mana airport pun jikalau tiada taxi coupon, kes scam macam ini memang menjadi satu perkara kebiasaan.
Stockholm
Saya pernah menahan taxi untuk perjalanan sejauh 5 km. Alhamdulillah pemandu Somalia memberi saya amaran bahawa tambang taxi dengan meter dianggarkan Rm500.
Nasib baik dia saorang pemandu yang jujur.
Barcelona
Saya pernah di scam dengan kos Rm400 dari hotel ke airport domestik.
Cairo, Mesir
Saya dah nego dengan taxi dreber kos £100 (Rm20) untuk ke satu tempat. Dreber siap bersumpah Watallahi Wabillahi tidak akan caj lebih.
Sampai ke destinasi dia caj saya £400 kerana alasan melalui jalan pintas. Saya hanya membayar £100 dan terus beredar dengan dreber memaki hamun.
Narvik Norway
Saya dicaj Rm200 untuk trip taxi selama 5 minit tetapi ianya mengikut meter dan pada lewat malam.
Mekah
Kami kena sembelih Rm400 menaiki taxi ke Tanaim walhal perjanjian awal hanya Rm200 kerana alasan bulan ramadan dan jalan jam (zahmah).
Zainudin berkata dia seboleh-bolehnya ingin menggunakan uber di luar negara tapi ianya memerlukan wifi, selain masalah untuk menentukan meeting point.
11 Tips penting bila guna teksi luar negara
So disebabkan dah berhadapan dengan pengalaman scam teksi ni, Zainudin ada listkan 11 tips buat mereka yang melancong di luar negara dan menggunakan perkhidmatan teksi di sana.
- Kalau guna taxi di negara asing, pastikan ada meter dan jika tiada, nego harga dahulu sebelum naik. Bila nego pastikan harga samada ‘per person’ atau ‘per taxi’.
- Buat homework untuk mengetahui anggaran kos perjalanan dengan google atau tanya orang tempatan.
- Pastikan bag penting ada dengan korang dan hanya bag berat dimasukkan dalam boot taxi. Banyak kes taxi larikan bag yang disimpan didalam boot bila pelanggan baru keluar dari taxi.
- Ambil gambar permit masa dalam taxi dan buatlah aksi berwelfie dengan pemandu taxi untuk merekod wajah beliau. Dengan cara ini pemandu taxi akan berhati hati untuk menipu.
- Guna maps.me untuk panduan semasa menaiki taxi agar pemandu tahu yang korang menggunakan GPS. Biasanya pemandu tidak akan menipu dengan melalui jalan jauh untuk menaikkan kos perjalanan jika dia mengetahui korang guna GPS.
- Gunakan koupon taxi di airport jika ada. Walaupun harganya mahal sikit tapi boleh dipercayai.
- Sediakan duit kecil, sebab pemandu teksi selalu bagi alasan tak ada duit kecil.
- Guna perkhidmatan taxi yang ternama saperti Bluebird di Indonesia atau Vinasun Taxi di Ho Chi Minh city.
- Pastikan meter taxi dikosongkan sebelum memulakan perjalanan. Tegur pemandu jika dia terlupa atau disengajakan.
- Bayar tambang taxi setelah semua bag dikeluarkan dari boot kereta. Kalau ada masalah, ambil gambar dia dan nombor pendaftaran taxi dengan phone dan jerit ‘Polis’.
- Tunjuk dan sebut denominasi duit note kepada pemandu sebelum membayar agar tidak tertipu dengan scam silap mata pertukaran duit.
Itu antara kisah dan tips berguna yang korang boleh jadikan sebagai panduan, so make sure melancong-melancong juga tapi berhati-hati okay!