Kalau nak pergi bercuti ke luar negara, perkara yang paling penting kita buat ialah mencari tempat penginapan, pengangkutan dan restoran yang sesuai dan halal untuk makan-makan di sana. Lagi best kalau kita pandai berjimat cermat dan jadi backpackers kan!
Tapi kalau nak berjimat cermat pun agak-agaklah. Jangan sampai bercuti ke Eropah tapi tidur di tepi jalan! Menerusi satu posting di Twitter, netizen ini berkongsi status seorang ‘ustaz’ yang menceritakan pengalamannya ‘mengembara’ di bumi Eropah.
“Bila saya cakap kami 1 family ada tidur tepi jalan kat Eropah, memang kami tidur tepi jalan betul-betul”
Menurut ‘ustaz’ terbabit, dia telah pergi bercuti dengan keluarganya ke Eropah baru-baru ni dan memilih untuk tidur di tepi jalan daripada menginap di hotel.
Lebih mengejutkan, ustaz ni dengan isteri dan anak yang baru berusia 2 bulan tidur kat kerusi sebuah taman di Itali je tanpa sebarang makanan atau keadaan keselamatan yang selamat di sana. Uish anak tu kecik lagi weh kenapa buat macam tu!
“So kalau nak hidup dengan pengembara, hati tak boleh maruku. Kalau tak mau ikut, saya gerak sorang”
“Tak ada duit sibuk nak berjalan. Pastu sibuk cakap jimat cermat” – Netizen
Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen yang betul-betul marah dengan tindakan lelaki terbabit.
Salah satu sebabnya ialah kerana anaknya masih lagi kecil dan kesian sangat pada isterinya yang kena tahan sakit-sakit badan sebab tidur tepi jalan. Aduhai… kenapalah sampai macam ni.
Bagi admin tak salah kalau nak bercuti sambil berjimat cermat, namun apa-apapun keselamatan anak dan isteri tu mestilah nombor 1 kan? Jangankan kerana kita nak jimat duit, anak pula masuk hospital sebab sakit.