‘Spin class’ atau kelas berbasikal kini menjadi salah satu jenis senaman yang semakin terkenal, ia merupakan sebuah sukan berbasikal statik yang biasanya dilakukan dalam kumpulan dan diiringi dengan muzik.
Baru-baru ini, seorang gadis telah berkongsi videonya yang baru sahaja selesai kelas tersebut tetapi menghadapi kesukaran untuk berdiri dan berjalan sehinggakan perlu dipapah.
https://www.tiktok.com/@clayncreations/video/7069388643424636186?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7064407196084028930
Dalam video yang dikongsi oleh @clayncreations tersebut, gadis itu kelihatan mencuba beberapa kali untuk berdiri dan berjalan tetapi tidak berjaya.
Gadis itu juga memberitahu dia tidak boleh menggerakkan kaki kirinya dan difahamkan instructor kelas tersebut menyatakan berkemungkinan perkara itu terjadi kerana terdapat otot yang terkoyak.
Setakat ini, video tersebut telah mendapat lebih 14K tontonan serta lebih 300 komen, rata-rata netizen risau akan keadaan gadis tersebut.
Ramai juga yang menyuruh gadis itu pergi berjumpa doktor kerana kecederaan itu boleh menyebabkan Rhabdomyolysis dimana ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti kegagalan buah pinggang.
Kalau korang nak bersenam tu berpada-pada ok?
Baca: Remaja ‘Confuse’ Aksi Senaman Tak Berbaju Dirakam Lelaki Lain, Kena Maki Pulak Bila Tegur