in

Remaja ‘Confuse’ Aksi Senaman Tak Berbaju Dirakam Lelaki Lain, Kena Maki Pulak Bila Tegur

Bersenam Gim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pengunjung gim memerima pujian orang ramai susulan tindakan beraninya berdepan dengan seorang lelaki lain yang sedang merakam aksinya bersenam di fasiliti terbabit.


Gim E1633832972428

Lapor Daily Star, Nick Nush yang berasal dari Pennsylvania, Amerika Syarikat, pergi ke sebuah gim tempatan untuk bersenam. Ketika kejadian, remaja berusia 18 tahun itu tidak berbaju dan sedang merakam bahagian belakang badannya ketika sedang bersenam.

Tak lama selepas itu, Nick mula sedar ada seorang pengunjung gim lain berdiri di hadapannya dan mula merakam aksi senaman remaja berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, video yang dikongsikan Nick itu sudah mendapat enam juta tontonan di TikTok.

“Kau la pelik! Exercise kat gim tapi tak pakai baju!”

0 Record E1633833004379

Difahamkan, selepas menyedari aksinya dirakam, Nick segera berhenti dan memilih untuk berdepan dengan individu yang merakamnya itu. Namun begitu, tindakan Nick mengakibatkan lelaki terbabit berang dan mula memaki-hamunnya.

“Saya cuma tanya je apa yang dia buat. Lepas tu dia tanya saya balik kenapa saya bersenam tak berbaju. Dia mula panggil saya pelik dan menghamburkan kata-kata kesat,” kata Nick.

Menerusi perkongsian Nick lagi, lelaki yang menganggunya itu tak berhenti di situ saja kerana dia masih terus memandang ke arah Nick sambil menunjukkan jari tengahnya.

“Saya mula hilang sabar. Jadi saya beritahu, adakah dia buat macam ni sebab dia sakit hati sebab remaja berusia 18 tahun seperti saya ada badan lebih cantik daripada dia.”

0 Talk E1633833029189

Walau bagaimanapun, tindakan Nick itu seolah menuangkan minyak tanah dalam api kerana individu berbaju biru itu terus datang ke arahnya selepas menghempaskan sebotol air minuman ke lantai.

“Dia mula menghamburkan kata-kata kesat. Selain berkata dia boleh belasah saya kalau dia nak. Saya suruh dia pergi saja.” 

Video perkongsian Nick itu dibanjiri pelbagai komentar daripada pengguna laman sosial yang rata-ratanya memuji tindakan remaja terbabit. Ada juga yang berkata sekiranya mereka berada di tempat Nick, individu yang menganggu mereka itu sudah teruk dibelasah.

Sumber: Daily Star, TikTok

Baca: Lelaki Cuba Buka Seluar Depan Wanita, Tapi Bengang Bila Dirakam Sampai Baling Batu Ke Cermin Kereta Mangsa

Cats 24 E1633831216571

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.