in

Perdana Menteri TS Muhyiddin Jadi Tetamu Pertama Masuk Kaabah Sejak Setahun Lalu

1Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika ini dalam rangka lawatan rasmi ke Asia Barat selama 6 hari. Antara negara yang dikunjungi adalah Arab Saudi.



Beliau berkesempatan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah bersama rombongan lawatannya. Tan Sri Muhyiddin juga berpeluang menjadi tetamu pertama yang memasuki Kaabah sejak ditutup setahun lalu akibat pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Dalam video yang dikongsi @NajibAroffAWANI dibawah, kelihatan Perdana Menteri menghampiri pintu Kaabah bersama rombongannya.

Dalam satu lagi video yang dikongsi oleh @hsharifain di Instagram, kelihatan juga rombongan Perdana Menteri Malaysia memasuki Pintu Kaabah dari sudut lain dan dikawal ketat oleh tentera Arab Saudi yang bertugas di sana.

Untung dapat buat umrah sekarang time sekarang ni. Semoga urusan umrah dipermudahkan dan mendapat umrah yang diredhai Allah SWT. 

 

Baca: “Hanya yang terpilih” – Arab Saudi Tapis Kemasukan Jemaah Umrah

Screenshot 2021 03 07 At 1.35.14 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.