in

“Hanya yang terpilih ” – Arab Saudi Tapis Kemasukan Jemaah Umrah

Ft Umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pengumuman pembukaan semula Tanah Suci pastinya antara berita yang sangat ditunggu-tunggu oleh umat Islam seluruh dunia.



Terbaru Arab Saudi telah mengumumkan untuk mengizinkan kemasukan pelawat asing pada fasa ketiga penyambungan semula ibadat umrah yang telah tertangguh.

Capture 6 19

Walaubagaimanapun menurut Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Muhammad Saleh Benten,  pembukaan semula itu adalah terhad kepada beberapa negara sahaja.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi bertindak untuk memilih negara yang akan dibenarkan menghantar jemaah bagi menunaikan umrah.

Bagi memastikan kelangsungan ibadat tersebut, Muhammad Saleh mengatakan satu laluan khas telah dibuat untuk kedatangan dan keberangkatan jemaah haji asing tahun depan, lapor Harian Metro.

Capture 1 3 2

Jemaah Diasingkan Mengikut Kumpulan

Susulan penyambungan semula ibadah bagi jemaah domestik, negara itu mengambil langkah untuk menubuhkan kumpulan bagi jemaah yang bakal mengerjakan umrah bermula 4 Oktober ini.

12 kumpulan jemaah yang akan dibenarkan menunaikan umrah dalam masa 24 jam pada fasa pertama

Menurut menteri itu, jemaah umrah akan dibahagikan kepada kumpulan tertentu dan ditemani oleh seorang profesional kesihatan di Masjidil Haram.

Bagi fasa pertama, Arab Saudi membenarkan jemaah berusia dalam lingkungan 18 hingga 65 tahun sahaja.

Namun, menurut Muhammad Saleh, kerajaan Arab Saudi tidak akan mengenakan bayaran bagi pengeluaran permit umrah.

 

Perkenalkan Aplikasi I’tamarana

Langkah berjaga-jaga dilakukan oleh kerajaan itu bagi memastikan kesihatan dan keselamatan jemaah dengan memperkenalkan aplikasi I’tamarana.

Aplikasi tersebut perlu dilengkapkan oleh semua jemaah yang ingin melakukan ibadat di sana.

“Tidak ada jemaah umrah yang akan dibenarkan masuk ke Masjidil Haram tanpa melengkapkan prosedur masuk melalui aplikasi mudah alih “I’tamarana”. 

Jemaah yang bakal menjalankan ibadat perlu memuat turun aplikasi tersebut ke dalam telefon pintar mereka tujuh hari sebelum permulaan fasa pertama haji.

Capture 2 4 1

Melalui fasa pertama sebanyak 30 peratus kapasiti dibuka kepada warganegara dan ekspatriat bermula 4 Oktober.

Ini bermakna seramai 6,000 jemaah setiap hari dibenarkan menjalani ibadat sebagai langkah pencegahan kesihatan Masjidil Haram.

 

Baca : [FOTO] Sebak! Ini Situasi Jemaah Di Masjid Nabawi Selepas 2 Bulan Ditutup Sebab COVID-19

Capture 6 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.