in

Percaya Ramai Rakyat Masih Keliru, Dr Rafidah Beri Penjelasan Maksud Sebenar ‘Jaga SOP’

Cats 65

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dengar orang cakap jangan lupa jaga SOP, ikut SOP. Tapi korang faham tak jaga SOP itu macam mana? Pelik sebab masih ramai orang terutamanya di pusat beli belah yang berjalan sana-sini seolah-olah tiada apa yang berlaku. Belum kira orang yang tak ikut SOP lagi.


Melihat kepada isu ini, seorang pengamal perubatan iaitu Dr Rafidah menganggap bahawa rakyat Malaysia ini masih keliru dengan maksud sebenar ‘jaga SOP’.

“Saya nampak ramai benar rakyat Malaysia keliru apa sebenarnya jaga SOP.”

Menerusi tweet yang dimuat naik oleh Dr Rafidah semalam, dia tampil membuat penjelasan ringkas tentang kelakuan yang dianggap tidak mematuhi SOP.

 

Jaga penjarakan fizikal

Dr Rafidah menasihatkan orang ramai supaya tidak bersalam-salaman serta berpelukan sebab perbuatan itu dianggap tidak mematuhi penjarakan sosial sejauh 1 meter. Bukan itu sahaja, makan bersama individu bukan serumah pun dikira salah tau.

Apa salahnya korang makan sorang-sorang kalau kat tempat kerja tu. Kalau boleh elakkan lah keluar makan beramai-ramai. Kita tak tahu dekat mana kita boleh dijangkiti virus bahaya ini. Betul tak?

Ddv

 

Elakkan tempat sesak

Walaupun kerajaan tidak tutup pusat membeli-belah, itu tak bermakna korang boleh syok jalan-jalan dekat sana. Bukan itu sahaja, siap ada yang bawa anak kecil tau pergi mall. Haih, bahaya sangat tau.

Kerajaan buka pusat beli belah untuk tujuan rakyat keluar beli barangan keperluan asas sahaja. Bukan suruh keluar berjalan.

“Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka bukan untuk anda engkar SOP.”

Jjbb

 

Duduk rumah je

Makcik-makcik bawang yang suka bergosip dengan jiran depan, kalau boleh tangguhkan kejap agenda korang. Bukan apa, sekarang ini memang tak boleh ziarah-menziarahi walaupun korang pakai mask sekalipun.

Akan ada yang bagi alasan kononnya nak pergi sekejap sahaja. Tapi, korang tahu tak yang kononnya nak pergi sekejap-sekejap ini lah yang jadi punca kes makin meningkat. Berapa banyak kluster yang berpunca sebab dia berjumpa dengan orang lain?

“Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih daripada 15 minit walaupun kesemuanya pakai mask.”

Jjjn

Tak perlu jaga hati orang lain

Kalau korang tahu korang salah seorang kontak rapat dengan pesakit Covid-19, minta tolong sangat korang kuarantin diri. Jangan berjumpa dengan orang lain walaupun dengan orang serumah. Makan pun kena asing dengan orang lain tau.

“Tak perlu jaga hati dengan orang lain. Ini demi keselamatan anda dan keluarga juga.”

Vxv

Sekarang ni kes makin banyak. Kalau boleh korang duduk je rumah jangan keluar ke mana-mana kalau tak ada urusan penting.

 

Sumber: Dr Rafidah Abdullah

Baca:[TERKINI] MKN Seragamkan SOP, Ini Senarai Penuh SOP PKP 3.0

Csc

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.