in

[EKSKLUSIF] Individu Belum Lengkap Vaksin Boleh Dine-In Semasa Fasa 3

Ft Dine In Dibenarkan Belum Lengkap Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika netizen sedang berteka-teki sama ada individu belum lengkap vaksin boleh dine-in ataupun tidak semasa fasa 3 PPN, kami telah menghubungi nombor yang tertera di laman rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) di talian 03-88882010 (Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutan) untuk mendapatkan pengesahan.


Menurut kakitangan yang mengendalikan talian tersebut, setelah mendapatkan pengesahan daripada MKN, beliau menyatakan bahawa makan secara dine-in dalam fasa 3 dan fasa 4 dibenarkan kepada semua individu walaupun belum divaksin.

Berikut merupakan perbualan kami

Lobak Merah : Kami nak kepastian dekat fasa 3 dan 4 dah tak ada ke kelebihan untuk individu yang dah lengkap vaksinasi?

Kakitangan : Sebentar ya, saya tanyakan kepada pegawai MKN

Kakitangan : Saya dah dapatkan confirmation daripada pegawai MKN, memang tak ada kelebihan untuk mereka yang dah vaksinasi sebab peratusan yang dah dapat vaksin dah lebih….Tapi, ia bergantung kepada pemilik restoran samada benarkan individu tidak lengkap vaksinasi untuk dine-in ataupun tidak. Tapi apapun, tunggu SOP ini dikeluarkan esok. Sebab saya check sekarang ini memang tiada apa-apa lagi update di telegram MKN.

Ini kerana, peratusan individu yang telah mendapat vaksinasi di negeri berstatus fasa 3 dan fasa 4 ini telah mencapai lebih 80%. Namun begitu, kakitangan tersebut menegaskan ianya bergantung kepada pemilik premis makan itu.

Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan maklumat sahih mengenai SOP fasa 3 terkini, beliau menasihati orang ramai nuntuk menunggu pengumuman rasmi berkenaan SOP ini di laman web rasmi MKN ataupun di telegram rasmi MKN.

 

Baca : Bakal Beralih Ke Fasa 3, Netizen Mula Tertanya-tanya Individu Tak Vaksin Pun Boleh Dine In?

Ft Dine In Untuk Tak Vaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.