in

“Perangai apa ni?” – Minta Sedekah Sambil Main Game Judi, Makcik Ini Terima Kecaman Netizen

2Makcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keadaan ekonomi yang mencengkam pada masa kini membuatkan ramai antara kita mencari alternatif tambahan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Ada yang sanggup buat dua, tiga kerja dalam sehari dan tak kurang juga ada yang nak short-cut dengan mengemis dan meminta sedekah. Mungkin kekangan tenaga dan masa yang memaksa seseorang tu menggunakan jalan mudah ni.



Cerita pasal minta sedekah ni, admin nak share satu video oleh @poiasd95 di Twitter. Video berdurasi 13 saat ni menunjukkan seorang makcik yang meminta sedekah di kawasan meniaga di Ipoh. Apa yang menarik perhatian ialah, makcik ni sempat lagi main game judi time minta sedekah tu. Amboih, makcik ni nak main game pun pilih lah selain judi. Cuba korang tengok video kat bawah ni.

 

Bukan tak bagi main game, tapi…

Lepas tengok video ni, netizen pun apa lagi, macam biasalah respon macam-macam. Tapi kebanyakkan yang admin perasan tu semua husnuzon je. Takpe, bagus gak tu, sebarkan kebaikkan.

Screen Shot 2019 12 15 At 4.34.44 Pm Screen Shot 2019 12 15 At 4.35.07 Pm Screen Shot 2019 12 15 At 4.35.18 PmMungkin ads je kan. Tapi kita tak tahu apa sebenarnya yang makcik tu main. Kalau kena jackpot tu tak datang dah sebulan. Bulan depan baru repeat.

Screen Shot 2019 12 15 At 4.36.29 PmPower betul makcik ni multi task. Memang level lain punya. Duit dapat dari dua channel berbeza. 

Screen Shot 2019 12 15 At 4.36.50 PmAdmin setuju! Tepat sekali. Kita sedekah je macam biasa. Yang selebihnya tu dia nak berbelanja ke arah mana pun terpulang. Itu urusan dia dengan Tuhan. 

Harap-harap makcik ni main game tu sekadar nak hilangkan bosan je. Janganlah buat benda bukan-bukan macam tu. Malu kat orang

 

Baca: “Macam sesumpah” – Netizen Bengang Lepas Tahu Makcik Ini Tukar Personaliti Dari Mengemis Ke Kaki Karaoke Setiap Hari

Screen Shot 2019 12 15 At 4.54.00 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.