in

“Perak Mendonia!” – Aksi Tarian Pemain Bola Sepak Perak Jadi Bahan ‘Troll’ Antarabangsa

Sunday Afolabi Vs Kelantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlawanan Liga Premier antara Kelantan FC menentang Perak FC di Stadium Sultan Muhammad IV baru-baru ini dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan kedua-dua penyokong pasukan yang dikatakan berpunca daripada provokasi oleh segelintir penyokong pasukan pelawat.


Namun begitu, ada lagi satu insiden dalam padang semasa perlawanan antara dua pasukan terbabit yang telah mendapat ‘perhatian’ salah sebuah akaun ‘troll’ bola sepak terbesar antarabangsa iaitu, Troll Football di Twitter yang mempunyai 2 juta pengikut.

Walaupun pasukan pelawat berjaya memenangi perlawanan tersebut, ada satu insiden yang telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia apabila salah seorang pemain Perak FC, Sunday Afolabi telah melakukan aksi simulasi berlebihan.

Sunday Afolabi

Melabelkan aksi pemain berkenaan seperti Neymar, sebelum melihat keseluruhan video pastinya ramai membayangkan pemain tersebut melihatkan larian yang cantik, mengatasi pemain pihak lawan dengan gerakan yang lincah dan sebagainya.

Namun, semua itu hanyalah ‘khayalan’ semata.

Apa yang terjadi adalah pemain tersebut dikatakan cuba memprovokasi pertahanan Kelantan pada minit ke 85 dengan aksi tarian di hadapan pemain-pemain yang sedang bersedia untuk bertahan kerana ketika itu, pasukan Perak telah diberikan sepakan sudut.

Sunday Afolabi Viral

Sebelum sepakan diambil, kaki pemain berasal dari Nigeria berkenaan kelihatan dipijak secara tidak sengaja oleh Latif Suhaimi yang dilihat ingin berjalan untuk mengambil semula posisinya sebelum sepakan sudut diambil.

Ketika inilah aksi Afolabi yang mendakwa dia dikasari menjadi sebutan setelah dia jatuh, memegang bahagian kakinya sebelum berguling-guling diatas padang lebih dari 15 kali, ni min kira dalam video lah.

Tak percaya, korang boleh kira sama-sama.

Disebabkan lakonan ini, beliau disamakan dengan dua pemain antarabangsa iaitu Lingard yang terkenal dengan cara meraikan gol dengan menari, dan Neymar yang dikatakan sering melakukan simulasi apabila dikasari.

Screenshot 8

Bagaimanapun, permainan tersebut diteruskan dengan sepakan sudut tetap diberikan pada Perak dan Sunday Afolabi telah dipanggil oleh jurulatih pasukan, Yusri Che Lah yang kelihatan berang dengan tindakannya dan meminta beliau meneruskan permainan.

Sehingga artikel ini ditulis, video di page Troll Football berkenaan telah mendapat 1.5 juta tontonan, lebih 35 ribu sukaan dan menerima hampir seribu komen manakala video yang sama dari page MakanBola turut mendapat tontonan sekitar 1.6 juta.

Baca : “Ada yang pijak bendera!” – [VIDEO] Lebih 100 Penyokong Bola Sepak Perak & Kelantan Bergaduh, 3 Ditahan Polis

Untitled Design 2022 08 11T115029.082

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.