Apabila masuk bab bola sepak, tidak dapat dinafikan penyokong di Malaysia ini mempunyai semangat yang amat kuat. Lebih-lebih lagi, jika ia melibatkan team kegemaran atau negeri kelahiran mereka.
Semalam, perlawanan di antara Perak FC dan Kelantan FC bagi Liga Perdana Malaysia menjadi huru-hara apabila dikatakan penyokong kedua-dua pasukan bertindak agresif selepas Kelantan FC tewas di laman sendiri.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) August 10, 2022
Insiden pergaduhan dan provokasi yang berlaku di Stadium Muhahammad IV, Kelantan itu menyebabkan polis terpaksa meleraikan kedua-dua belah penyokong.
Malah, selepas perlawanan itu telah tamat, kesemua penonton di stadium tidak dapat keluar dan ditahan di stadium selama beberapa jam.
Sampai bakar bendera?
Difahamkan, situasi bertambah kucar-kacir apabila kelompok penyokong Bos Gaurus dilihat meraikan kemenangan mereka di atas padang sambil sesetengahnya terus melakukan aksi provokasi ke arah penyokong Kelantan.
Dalam carian Twitter, dikatakan ada yang membakar bendera pihak lawan dan menyebabkan provokasi itu berterusan.
Pergaduhan tersebut menyebabkan ramai penyokong Perak FC terkandas sehingga jam 8.30 malam di dalam stadium kerana penyokong Kelantan bertindak mengepung stadium tersebut.
Menurut laporan The Sun Daily, pergaduhan itu akhirnya dileraikan dan tiga orang telah pun ditahan pihak polis susulan insiden tersebut.
Tak elok lah gaduh-gaduh, enjoy je lah sama-sama…