in

Penuh Memori! Spanar Jaya & Pi Mai Pi Mai Tang Tu Bakal Tiba Di Netflix

Cats 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda ialah seorang penggemar siri komedi tempatan, pasti anda kenal akan Spanar Jaya dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dua sitkom ini boleh dikatakan sebagai sitkom legenda kerana sudah lama ditayangkan dan mempunyai penonton yang ramai suatu ketika dahulu.


Str2 Zaibo Spanarjaya Tbkho E1537959916306

Baru-baru ini, Netflix telah mengumumkan mereka akan membawa filem dan siri klasik tempatan ke dalam perkhidmatan penstriman itu. Difahamkan, ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Malaysia.

Berita baik buat anda, dua sitkom popular tempatan iaitu Spanar Jaya dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu akan dibawa masuk ke Netflix. ‘Best of Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ akan mula ditayangkan pada 30 Oktober, manakala ‘Best of Spanar Jaya’ pada 15 September ini.

Selain itu, Spanar Jaya X pula dikatakan akan mula ditayangkan pada 30 September ini.

E Qs3Wsucagjhag

Sebelum ini, Netflix ada membawa masuk Leftenan Adnan dan filem terakhir pengarah Yasmin Ahmad, Talentime. Difahamkan juga, Senario XX dan Lagi-Lagi Senario akan turut dibawa masuk ke Netflix pada 14 September ini.

Siri dan filem legenda ini pasti akan menggamit memori kita semua pada suatu ketika dahulu.

 

Kredit: Aksiz

BACA: 7 Filem Seram Terbaik Turki Yang Seram & Mampu Buat Anda Sukar Tidur Malam!

Cats 3

Sumber: Google
Sumber: Aksiz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.