in

7 Filem Seram Terbaik Turki Yang Seram & Mampu Buat Anda Sukar Tidur Malam!

Cats 101

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa di sini penggemar filem seram? Apabila sebut sahaja tentang filem seram, pasti anda terbayang filem seram dari negara Indonesia, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.


Namun tahukah anda, negara Turki tidak kurang hebatnya dalam pembikinan filem bergenre seram. Selain daripada filem francais Siccin, berikut adalah senarai 7 filem Turki yang anda wajib tonton!

1. Dabbe 4: Cin Caromasi

Ini adalah filem keempat untuk filem francais Dabbe ini. Filem arahan Hasan Karacadag ini berkisarkan Kubra yang dirasuk sebauh entiti ketika dalam persiapan untuk majlis perkahwinannya.

Untuk menyembuhkan Kubra yang dirasuk, seorang psikiatri yang juga merupakan rakan lamanya berusaha untuk menyelamatkan Kubra.

2. Zuzula

Ditayangkan pada bulan Disember 2016, filem ini berkisarkan Ada yang dibesarkan di sebuah asrama kerana semua ahli keluarganya telah mati secara misteri ketika dia masih kecil.

Ada mengalami beberapa halusinasi ketika berada di rumah dan mengesyaki ada sesuatu yang perlu diselongkar.

3. Kapalak Kizi

Kisah ini adalah adaptasi daripada kisah sebenar seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja kebersihan di sebuah sekolah di kampung.

Nak tahu apa yang terjadi? Tonton filem ini!

4. Vampiria

Mv5Bmty4Otezodezn15Bml5Banbnxkftztgwotc4Nje2Nde@. V1 Uy1200 Cr8506301200 Al

Filem arahan Hasan Karacadag ini berkisarkan seorang gadis yang bernama Olivia yang bekerja sebagai wartawan di New York. Dia pulang ke Turki selepas mendapat tahu adiknya sedang hamil.

Namun, ada sesuatu yang terjadi kepada dirinya. Nak tahu? Tonton filem ini!

5. Beddua: The Curse

Filem yang berdurasi selama 1 jam 30 minit ini mengisahkan empat rakan yang terdiri daripada Malek, Burcu, Eda dan Ayla yang masih berkawan meskipun sudah tamat belajar.

Namun, kehidupan mereka berubah apabila berjumpa dengan seorang bomoh yang bernama Havel.

6. Ummu Sibyan

Filem arahan Efe Hizzir ini berkisarkan sekumpulan rakan yang menyelinap masuk ke sekolah mereka untuk mengadakan parti rahsia. Mereka mengadakan satu ritual tanpa mengetahui ada sesuatu yang bakal menimpa nasib mereka.

7. Kapidaki Sir

Filem yang mula ditayangkan pada tahun 2018 ini mengisahkan seorang lelaki yang telah membuat perjanjian dengan ‘cult’ pada 200 tahun lalu. Lelaki ini telah melanggar janji tersebut dan perlu membayar pampasan melalui nyawanya sendiri.

 

BACA: Genap Sedekad Filem Istanbul Aku Datang, Beto Kusyairy Dedah Rahsia Di Sebalik Tabir

Cover 20

Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.