in ,

“Sedap sangat ka air ketum tu?” – 12 Individu Leka Minum Air Ketum Masa PKP Dicekup Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masih ada lagi pihak yang degil untuk mengikut arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sudah dilaksanakan. Dengan rasa tak bersalah golongan ini masih lagi berkumpul beramai-ramai dan membuat aktiviti di luar rumah tanpa menghiraukan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.


Kejadian berlaku di Langkawi dimana polis menahan 12 individu yang leka sedang minum air ketum di Jalan Penarak, Kuah, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim, mereka sedang leka meminum air ketum waktu serbuan dilakukan oleh anggota polis kira-kira jam 5 petang semalam, lapor Sinar.

Pihak polis juga turut menangkap empat lelaki yang berusia 18 hingga 50 tahun dalam serbuan yang berlainan kerana tidak mematuhi PKP.

Kesemua mereka ditahan di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) 2020 Sek 270KK dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Baca : [VIDEO] Pelajar Perempuan Tingkatan 3 Selamba Minum Air Ketum Dekat Tempat Awam

 

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.