in

Pensyarah Buat Kelas ‘Online’ Meskipun Terlantar Di Hospital Kerana Strok

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru boleh diibaratkan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi ruang yang ada. Apa pun kesulitan yang timbul, seorang guru kebiasaannya akan berkorban untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar.



Di Indonesia, tular sebuah video yang menyayat hati apabila seorang pensyarah masih nekad mahu membuat kelas ‘online’ meskipun sedang terlantar di hospital.

1 3

2

Difahamkan, pensyarah tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana diserang penyakit strok beberapa minggu lalu.

Pelajar yang memuat naik video ini, Balqis berkata, dia terharu melihat usaha pensyarah itu yang bersusah-payah mahu mengadakan kelas.

“Lekas sembuh ya pak”, ujar gadis ini.

@balqueen.id

lekas sembuh ya pak🤲😭#WeDOIndonesia #YWY3WeRockTheWorld #fypシ #RangkaiKebaikan #mahasiswa

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Lebih memilukan, beberapa orang dilihat membantu pensyarah tersebut untuk memakai fon kepala kerana dia tidak larat untuk berbuat demikian.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen sedikit terkilan kerana ada beberapa pelajar yang mematikan kamera di saat kelas sedang berlangsung.

A

B

C

Apa-apa pun, syabas buat pensyarah ini dan semoga cepat sembuh!

 

BACA: Setia Tunggu Pelanggan Dalam Hujan, Netizen Puji Tindakan Guru Bantu Habiskan Jualan Adik Ini

Capture 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.