in

Setia Tunggu Pelanggan Dalam Hujan, Netizen Puji Tindakan Guru Bantu Habiskan Jualan Adik Ini

Cats 123

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Remaja sekarang ni kalau kita perasan, diorang lagi suka habiskan masa dengan main game dalam telefon dengan kawan-kawan dan anggap yang tugas mencari rezeki hanya diletakkan pada tanggungjawab ibu bapa mereka.



Tapi lain pula kisah seorang remaja lelaki ini yang dikongsikan oleh Muhamad Zamri ketika dia dalam perjalanan pulang dari rumah kawan dia di Kampung Sungai Tekali, Ulu Langat, Selangor.

Menerusi satu video yang dikongsikan oleh Muhamad Zamri pada 18 April lalu di Tiktok, dia ternampak seorang remaja lelaki di tepi jalan dan sedang setia menunggu pelanggan di bawah khemah jualannya dalam keadaan hujan lebat.

Video tersebut mendapat lebih 200 ribu tontonan dengan lebih 30 ribu likes dan hampir 400 share oleh pengguna Tiktok.

@muhamadzamri2020

Rezeki ramadhan.. #esekeli #foryoupage

♬ original sound – Ckhan – Ckhan

 

Bantu habiskan jualan

Menurut mStar, guru muzik ini yang lebih mesra disapa sebagai Muhamad berkata yang dia memang sudah perasan remaja lelaki itu berniaga di tepi jalan sewaktu dia dalam perjalanan nak ke rumah kawan dia dan tak sangka remaja itu masih ada di tempat yang sama dalam keadaan hujan lebat waktu dia nak pulang ke rumahnya.

“Bila nak balik saya lalu semula jalan itu, dia masih lagi di situ dan masih ada lagi kuih jualannya yang tidak terjual.”

676

Disebabkan waktu itu hujan lebat dan sudah hampir waktu berbuka, Muhamad tanpa berfikir panjang terus berhenti di gerai tersebut dan membeli kesemua kuih yang tidak terjual.

“Niat nak beli dua je tapi nanti adik ni kena tunggu lagi sampai kuih habis jual. Kesian pula dia kena berbuka seorang diri tepi jalan.”

090

Tidak cukup dengan menolong habiskan jualan kuih itu, guru ini siap bayar lebih dengan tujuan nak sedekah kepada remaja itu. Bagus ye bersedekah dalam bulan Ramadan ni, berlipat ganda pahala kita dapat.

 

Semoga dimurahkan rezeki

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Muhammad yang bantu menghabiskan semua jualan kuih remaja itu siap ada yang doakan Muhammad dan juga remaja itu dimurahkan rezeki.

Photo6079992525428468857

Photo6079992525428468856

Bulan puasa ni eloklah kita berbuat baik dengan orang. Eh,bukan bulan puasa pun boleh je nak buat baik dengan orang lain. Tak ke gitu?

 

Sumber: mStar, muhamadzamri2020

Baca:“Rasa nak tolong suapkan dia”- [VIDEO] Susah Nak Makan, Aksi Pemuda OKU Buat Netizen Tersentuh

Capture 89

Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.