Penjaja Belon Yang Tular Baru-baru Ini Didakwa Ada 13 Rekod Jenayah Lampau

Tambah ke Sumber Pilihan
Penjaja Belon

Minggu lalu, kecoh di media sosial isu insiden pergelutan yang melibatkan seorang penjaja belon dengan penguat kuasa DBKL akibat penjaja tersebut berniaga di kawasan Jalan TAR, Kuala Lumpur meskipun tidak mempunyai lesen.

Dalam kejadian itu, penjaja tersebut telah mengalami kecederaan dan telah dirawat di Hospital Serdang.


Susulan kejadian itu, pihak polis juga telah merakam keterangan daripada beberapa orang saksi kejadian untuk menyiasat tentang insiden terbabit.

Terkini, Sinar Harian melaporkan bahawa dua kertas siasatan yang dibuka untuk menyiasat tentang insiden terbabit telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

1Sumber: Kosmo

Artikel berkaitan: Penjaja Belon Kini Dirawat Di Hospital, Dikatakan Mungkin Alami Kecederaan Tulang

Artikel Berkaitan: Tiada Lesen, Penjual Belon Bergelut Dengan Penguat Kuasa DBKL Di Jalan TAR

Difahamkan, kertas siasatan kes tersebut adalah di bawah Seksyen 186 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Siasatan tersebut melibatkan kesalahan menghalang penjawat awam berugas dan sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Selain itu, difahamkan juga, penjaja belon tersebut didakwa mempunyai 13 rekod kesalahan lampau.

Difahamkan, kebanyakan rekod kesalahan lampau penjaja tersebut dikatakan berkaitan dengan kesalahan dadah.

Manakala tiga anggota penguat kuasa DBKL yang terlibat insiden itu juga telah direhatkan sementara oleh pihak DBKL untuk memberi laluan kepada siasatan dalaman DBKL dan pihak polis, lapor Sinar Harian.

Sumber: Sinar Harian, Kosmo

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Afiqah
Lagi tulisan Afiqah

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Penjaja Belon Yang Tular Baru-baru Ini Didakwa Ada 13 Rekod Jenayah Lampau
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/penjaja-belon-yang-tular-baru-baru-ini-didakwa-ada-13-rekod-jenayah-lampau/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM