Semenjak pandemik Covid-19 melanda Malaysia, ramai daripada kita yang jarang keluar dari rumah demi keselamatan diri. ‘Kesannya’, abang penghantar barang kini kerap singgah di rumah gara-gara aktiviti membeli-belah secara atas talian.
Bercerita tentang penghantar barang, baru-baru ini berlaku satu kejadian kurang menyenangkan melibatkan seorang penghantar barang dan pelanggan di Desa Pandan, Kuala Lumpur.
My dad just caught a delivery guy trying to steal underwear from our home. What a sick bastard! This pervert was climbing the back window grill of our ground floor apartment in Desa Pandan when my dad caught him red handed. Ladies living around the area, please be extra careful! pic.twitter.com/GWP85prJGu
— Raja Syaza (@syaazaazainal) March 17, 2021
Seorang gadis yang dikenali sebagai Raja Syaza ada berkongsikan gambar tangkap layar perbualan bersama ayahnya.
Menurut gadis ini, ayahnya berjaya menangkap seorang penghantar barang yang cuba untuk mencuri seluar dalam wanita di rumahnya.
Berdasarkan gambar perbualan yang dimuat naik, penghantar barang tersebut memanjat tingkap di belakang rumahnya yang terletak di Desa Pandan.
“Mula x mengaku, tapi abg press dia baru ngaku n pulangkan balik”
Pada mulanya, penghantar barang tersebut tidak mengaku akan perbuatan terkutuknya. Namun, dia akhirnya mengaku salah dan memulangkan pakaian dalam tersebut selepas ditanya berkali-kali oleh tuan rumah.
Bagaimanapun, penghantar makanan tersebut berjaya melarikan diri menggunakan motosikal. Ketika dihubungi Lobak Merah, Raja Syaza memaklumkan ayahnya telah pun membuat laporan kepada pihak berwajib.
Semoga penghantar barang tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Kredit: Raja Syaza