in

“F*ck You!” – Rider FoodPanda Kena ‘Sembur’ Dengan Pelanggan Sebab Dapat Ayam KFC Kurang & Tiada Nuget

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang penghantar makanan FoodPanda ada meluahkan rasa kurang senang terhadap pelanggan yang memaki hamun tanpa sebab terhadap dirinya. Kisah ini dikongsikan oleh Huzairi Halim di laman FoodPanda Rider Malaysia.


Semuanya bermula apabila lelaki ini mendapat pesanan dari KFC untuk dihantar kepada pelanggan. Selesai sahaja membuat penghantaran makanan kepada pelanggan, lelaki ini terus membuat penghantaran yang baru.

572590

Beberapa ketika selepas itu, lelaki ini dihujani dengan panggilan dan mesej daripada pelanggan tersebut, namun tidak sempat dijawab memandangkan dia masih berada di atas motosikal.

Selepas semuanya selesai, dia mula memeriksa mesej tersebut dan mendapati pelanggannya sebelum ini berang kerana pesanan KFC yang dibuatnya tidak mencukupi.

“Ayam saya tak cukup 9. Awak pun tak hantar nuget kepada saya. F*ck you”

1 10

Tidak cukup dengan itu, pelanggan tersebut turut memaki hamun dengan kata-kata kesat dan mengugut akan melaporkan isu ini kepada pihak pengurusan FoodPanda.

Bagaimanapun, penghantar makanan ini masih tenang dan menjelaskan perkara sebenar kepada pelanggan biadap terbabit. Menurutnya, proses pembungkusan makanan hanya dilakukan oleh pihak vendor dan dia hanya ditugaskan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.

2 8

Sambungnya lagi, bungkusan makanan sudah pun ditutup dengan pelekat dan penghantar makanan tidak dibenarkan untuk membuka bungkusan atas faktor kebersihan dan keselamatan.

“Takyah la nak guna kata2 kesat. Cakap/tanya je elok. Human error memang akan ada dalam daily routine kita”

3 7

Di akhir hantaran penghantar makanan ini, dia menjelaskan ‘human error’ memang akan ada dalam rutin harian kita. Salute buat abang FoodPanda ni!

 

Sumber: Huzairi Halim

 

BACATak Puas Hati Makanan Tak Dihantar Sampai Depan Pintu, Pelanggan Belasah Rider

Capture 34

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.